Euforia Bola 2026
Rakyat

[TERKINI] Sudah Rasmi! Caruman LINDUNG 24 Jam PERKESO Tidak Lagi Wajib

LINDUNG 24 Jam PERKESO

Kerajaan mengumumkan LINDUNG 24 Jam PERKESO kini tidak lagi diwajibkan selepas Jemaah Menteri memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja itu dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, selepas mengambil kira maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan skim berkenaan.

Baca juga: Sultan Selangor Tidak Perkenan Solat Jumaat Di Surau Pusat Beli-Belah, Ini 5 Sebabnya!

CARUMAN LINDUNG 24 JAM PERKESO MANSUH SERTA-MERTA

LINDUNG 24 Jam PERKESO

Gambar hiasan.

Caruman Kini Dilaksanakan Secara Sukarela

Menurut Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, sebelum ini pekerja dikehendaki mencarum sebanyak 0.75% daripada gaji bulanan bagi skim LINDUNG 24 Jam PERKESO.

Bagaimanapun, selepas keputusan terbaharu Jemaah Menteri, caruman tersebut tidak lagi bersifat mandatori dan kini dilaksanakan secara sukarela.

“Perdana Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam bawah PERKESO.

“Justeru, Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman itu tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

“Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca juga: “Bukan Nak Rampas Tempat Pelajar Tempatan”- Pelajar China Tiba-Tiba Ramai Di IPTA, Apa Sedang Berlaku?

LINDUNG 24 Jam PERKESO

Gambar hiasan: NSTP

Sebelum ini, media melaporkan lebih sembilan juta pencarum menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada kesan kemalangan bukan bencana kerja, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, dipetik berkata skim LINDUNG 24 Jam yang diperkenalkan melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, memperuntukkan jaringan perlindungan keselamatan sosial yang lebih meluas di Malaysia, termasuk ketika cuti umum dan hari kelepasan am.

Ramanan dilaporkan berkata, caruman LINDUNG 24 Jam ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa ditetapkan, tertakluk kepada had siling gaji bagi maksud caruman iaitu RM6,000.

Untuk permulaan, kadar caruman bagi LINDUNG 24 Jam adalah 0.75 peratus daripada gaji bulanan, justeru majikan bertanggungjawab untuk menguruskan potongan gaji pekerja dan melaksanakan pembayaran caruman skim itu kepada PERKESO setiap bulan.

Dengan keputusan Jemaah Menteri hari ini, penyertaan dalam skim tersebut kini bergantung kepada pilihan pekerja dan tidak lagi diwajibkan.

Sumber: Harian Metro

FT Image: NSTP / The Vocket

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×