Sedia maklum, daun ketumbar dan daun bawang di pasar raya akan dijual dalam seikat yang banyak berbanding jumlah yang ingin digunakan dalam sesuatu masakan. Kesudahannya, lebihan dedaun ini akan dibuang kerana sudah berubah layu dan tidak elok akibat tidak digunakan dalam tempoh terdekat.
Justeru itu, bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, terdapat satu alternatif yang dipercayai berjaya untuk mengekalkan kesegaran kedua-dua daun herba masakan ini dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan. Jom ikuti perkongsian petua bermanfaat dari Nuha Sein di bawah.
Baca juga: 4 Cara Simpan Jagung Dengan Lama Macam Baru Beli, Kekal Segar & Tak Kering!
CARA SIMPAN LEBIHAN DAUN KETUMBAR & DAUN BAWANG

Gambar Nuha Sein: Yang ini dah buang daun tak elok.
Sebelum raya hari itu, beli banyak daun bawang dan ketumbar untuk hiasan juadah berbuka dan hidangan di hari raya. Pagi ini belek-belek daun masih elok, saya pilih-pilih dan potong buang yang tak elok.
Nanti nak guna, tak payah beli dah. Ada masa daun bawang dan ketumbar ini mahal, 1kg RM20. Waktu mahal, 1 plastik RM2 ke atas. Waktu murah, 1 plastik sen sen sahaja.
Selepas itu, bayangkan nak beli daun bawang atau ketumbar untuk tabur atas hidangan, kena panaskan enjin kereta pergi pasar raya. Buang masa, membazir minyak kereta begitu sahaja.
Baca juga: Risau Tetamu ‘Open House’ Tak Cukup Makan, Wanita Ini Kongsi Sukatan Bahan Untuk 50 Pax!

Gambar Nuha Sein: Ada daun baru keluar.
Saya cerewet bab makan, jenis makan nak berhias. Suka warna-warni baru berselera makan. Bayangkan nasi goreng, ada sayur-sayuran merah cili, oren carrot, hijau daun bawang/cili hijau/ketumbar, kan menarik?
Bila balut begini, tahan lama, 2 minggu paling kurang. Sebulan pun rasa boleh kalau pandai jaga.
Banyak benda boleh jimat. Jimat duit, jimat masa dan minyak kereta. Kemudian, nak masak atau makan pun mudah bila bahan-bahan ada dalam peti ais. Baru sedap.
Baca juga: Resipi Kuah Lodeh Lontong Berlemak Istimewa, Dapat Yang Ini Tak Henti Menghirup!
Cara-cara penyimpanan daun ketumbar dan bawang:

Gambar Nuha Sein: Simpan semula dalam plastik pembungkus.
- Balut akar dengan tisu yang dibasahkan
- Balut lagi dengan aluminium foil
- Simpan semula dalam plastik bungkus
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Cepat, Set Lengkap Sekali Ayam Masak Merah & Acar Mentah!
Sumber: Nuha Sein
FT Image: Nuha Sein
