Perkongsian oleh Azrul Aunn di laman media sosialnya baru-baru ini mencuri perhatian apabila mendedahkan fungsi share location dalam aplikasi Google Maps yang kini boleh bertindak seperti ‘bodyguard’ ketika berada di luar seorang diri.
Menurutnya, situasi seperti pulang kerja lewat malam dan berjalan bersendirian kadangkala boleh menimbulkan rasa tidak selamat, apatah lagi jika terasa seperti diekori seseorang.
Baca juga: “Macam Jumpa Diri Sendiri Balik” – Trend Gemini AI Tukar Gambar Dulu VS Sekarang Buat Netizen Sebak
CARA SHARE LOCATION GUNA GOOGLE MAPS, JADI ‘BODYGUARD’

Dalam keadaan begitu, mungkin ramai terfikir untuk menghubungi ahli keluarga. Namun pada masa sama, timbul rasa tidak mahu merisaukan mereka.
Jelas Azrul, ramai menyangka Google Maps hanya digunakan untuk mencari arah perjalanan. Hakikatnya, aplikasi ini mempunyai satu fungsi penting iaitu Live Location Sharing.
Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi lokasi secara langsung dengan individu dipercayai seperti ahli keluarga atau rakan rapat.
Dengan hanya satu tetapan, pergerakan pengguna boleh dipantau secara *real-time* tanpa perlu menghantar mesej berulang kali.
Melalui fungsi ini, individu yang menerima perkongsian lokasi boleh melihat pergerakan pengguna secara langsung di peta.
Setiap lokasi yang dilalui dapat dilihat, sekaligus memberi ketenangan kepada waris untuk memastikan keselamatan orang tersayang.
Malah, bukan sekadar lokasi, mereka juga boleh melihat status bateri telefon. Ini penting kerana sekiranya telefon kehabisan bateri atau talian terputus, ia boleh menjadi petunjuk awal untuk bertindak.

Cara aktifkan ‘bodyguard’ ini
Azrul turut berkongsi langkah mudah untuk mengaktifkan fungsi tersebut:
1. Buka aplikasi Google Maps
2. Tekan gambar profil
3. Pilih “Location Sharing”
4. Tambah individu dipercayai (keluarga/rakan)
Dengan langkah ini, lokasi boleh dikongsi untuk tempoh tertentu mengikut keperluan.
Perkongsian ini membuka mata ramai bahawa teknologi yang sering digunakan setiap hari sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai alat keselamatan.
Dalam situasi dunia hari ini yang penuh ketidakpastian, langkah kecil seperti ini mungkin mampu membantu mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, tiada salahnya untuk ‘sediakan payung sebelum hujan’ demi keselamatan diri dan keluarga.
Baca juga: 3 Prompt AI Buat Jadual Sekolah Anak Terus Jadi Cantik, Tak Perlu Susah Payah Buat Sendiri!
Sumber: Threads Azrul Aunn
