Euforia Bola 2026
Didik

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024, Ini Cara Semak Keputusan Mulai 20 Mei

keputusan stam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan STAM atau peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun 2024 akan diumumkan pada hari Selasa, 20 Mei 2025.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM, seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024, yang dilaksanakan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Baca lagi: “Gaji Bidang Kemahiran Boleh Cecah RM6,000!”- Ini Sebab TVET Tarik Minat Pelajar Cemerlang

KEPUTUSAN STAM 2024 DIUMUMKAN 20 MEI

keputusan stam

Gambar hiasan.

Calon yang bersekolah boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Manakala calon persendirian pula disarankan untuk menghubungi jabatan pendidikan negeri di mana mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut.

Keputusan peperiksaan STAM akan dilaporkan dalam bentuk peringkat pencapaian bagi setiap subjek, seperti berikut:

1. Mumtaz : Cemerlang
2. Jayyid Jiddan : Sangat Baik
3. Jayyid : Baik
4. Maqbul : Lulus
5. Rasib : Gagal

Berikut dikongsikan 3 kaedah semakan keputusan STAM yang akan diumumkan mulai 20 Mei 2025 (Selasa), mulai jam 10.00 pagi.

1. SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi. Manakala bagi calon persendirian boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.

2. SEMAKAN ONLINE

Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2024 mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2024.

3. SEMAKAN SMS

Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2024 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 20 Mei 2025.

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula, tarikh penyemakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan. Untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan STAM 2024, calon boleh mengikuti langkah berikut:

– Muat turun borang melalui laman web http://lp.moe.gov.my
– Menghantar melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan akan dimaklumkan melalui pos.
– Tempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.
– Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan.
– Kekal : Slip keputusan sedia ada
– Berubah: Calon sekolah perlu menghubungi sekolah asal, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

keputusan stam

Gambar hiasan.

*Semoga berjaya!

Baca lagi: Nak Anak Masuk MRSM 2026? Ini Persediaan UKKM Ibu Bapa & Calon Kena Buat Dari Sekarang!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×