Euforia Bola 2026
Dapur

Teknik Potong Kek Bulat Untuk Ramai Orang, Boleh Dapat 32 ‘Slice’ Sama Saiz & Tak Hancur!

CARA POTONG KEK BULAT

Mengetahui cara potong kek bulat engan betul sebenarnya sangat penting, terutamanya jika mahu dihidang kepada ramai orang.  Lebih-lebih kek jenis cheese atau kek ganache, potongan yang kemas bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga mudah untuk dihidangkan.

Perkongsian Niq Ain di laman Facebooknya ada menunjukkan cara potong kek bulat saiz 8 inci sehingga mendapat 32 potongan sama besar.

Baca juga: Chef Kongsi Cara Cuci Buah Ikut SOP Yang Betul, Dari ‘Berkerak’…Terus Berkilat-Kilat!

CARA POTONG KEK BULAT 8 INCI JADI 32 SLICE

CARA POTONG KEK BULAT

Menurutnya, teknik ini sangat sesuai digunakan untuk kek bulat bersaiz loyang 8 inci, iaitu saiz yang paling biasa digunakan sama ada untuk kegunaan rumah atau jualan.

Teknik ini dibuat secara berperingkat supaya hasil lebih sekata. Anda perlu:

1. Potong kek kepada 4 bahagian sama besar. Pastikan potongan tepat di tengah supaya sama saiz.

2.  Setiap bahagian tadi, dipotong dua lagi. Kini anda akan dapat 8 potongan kek yang sama besar.

3. Seterusnya, buat potongan tambahan di bahagian luar kek untuk menambah bilangan potongan kek. Fokus pada bahagian tepi supaya setiap potongan menjadi lebih kecil dan sekata.

4. Ulang teknik yang sama dengan menambah potongan sehingga cukup 32 bahagian.

CARA POTONG KEK BULAT

Teknik ini memastikan setiap potongan:

  • Tidak terlalu besar atau kecil
  • Lebih seimbang antara bahagian tengah dan luar
  • Nampak kemas apabila dihidangkan

Tips penting supaya potongan cantik

1. Guna pisau panas

Untuk kek cheese atau kek dengan ganache, celup pisau dalam air panas dan lap kering sebelum memotong bagi hasil yang lebih licin.

2. Lap pisau setiap kali potong

Ini penting untuk elakkan krim melekat dan merosakkan bentuk potongan seterusnya.

3. Potong dengan sekali tekanan

Elakkan menggerakkan pisau terlalu banyak supaya struktur kek kekal cantik.

Secara keseluruhannya, teknik ini sangat praktikal khususnya untuk kek saiz 8 inci. Hasilnya lebih tersusun, potongan lebih seragam dan nampak lebih profesional apabila dihidangkan. Semoga bermanfaat buat anda semua!

Baca juga: Sukatan Lengkap Spaghetti Carbonara Homemade Paling ‘Laku Keras’ Untuk Jamuan Raya, Sekejap Je Licin!

Sumber: Facebook Niq Ain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×