Euforia Bola 2026
Dapur

Ini Cara Pilih Sayur Dengan Betul, Baru Duit Tak Membazir & Masakan Lebih Sedap!

CARA PILIH SAYUR

Membeli sayur mungkin nampak seperti urusan harian yang mudah, tetapi jika tidak tahu cara pilih sayur yang betul, ia boleh membuatkan masakan anda kurang sedap.

Oleh itu, penting untuk anda ketahui cara memilih sayur agar pembelian lebih berbaloi dan tahan lama di rumah. Dalam artikel ini, penulis ada kongsikan beberapa tips mudah.

Baca juga: Cara Buat Cream-O Pop Stick Di Rumah, Snek Comel Macam Ini Pasti Anak Suka!

CARA PILIH SAYUR, BARU DUIT TAK RUGI

CARA PILIH SAYUR

Freepik

1. Kubis

– Kalau nak rangup dan manis, ambil jenis kepala tajam.

– Kubis kepala bulat, lembik dan kurang sedap.

2. Cara pilih sayur – kentang

– Kalau kulit kentang banyak bintik-bintik, itu tandanya tekstur sudah lembik. Sesuai digunakan untuk kukus, rebus dan masak sup.

– Kalau kulit kentang kurang bintik-bintik, sesuai digunakan untuk menggoreng.

3. Halia

– Warna kuning muda lebih berkualiti tinggi, rasa yang kuat dan wangi.

– Warna halia yang lebih gelap mempunyai rasa kurang sedap dan tidak wangi.

4. Cara pilih sayur – akar teratai

– Sekiranya akar teratai mempunya 7 lubang, ia sesuai dimasak sup.

– Jika mempunyai 9 lubang, sesuai untuk digoreng atau dibuat ulam/kerabu.

5. Ubi sengkuang

– Ubi sengkuang yang mempunyai banyak akar-akr kecil, khasiatnya lebih baik.

– Ubi sengkuang kurang akar pula mempunyai kurang khasiat.

6. Cara pilih sayur – terung

– Warna cerah untuk kulit terung sedap digoreng.

– Kulit terung yang berwarna gelap pula, sesuai digunakan untuk panggang kerana mempunyai kulit tebal.

Diharapkan perkongsian cara pilih sayur ini dapat memberi manfaat buat anda semua. Baru tak membazir, betul tak?

Baca juga: Resepi Pisang Goreng Belon Viral, Letak Bahan Ini Baru Lebih Rangup Berlemak

Sumber: Facebook Viral Oh Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×