Euforia Bola 2026
Dapur

Ramai Suka Patahkan Ekor Bendi Ketika Membeli, Rupanya Kena Pilih Yang Tak Berlubang Macam INI

CARA PILIH BENDI

Cara pilih bendi yang segar dan rangup sering menjadi persoalan dalam kalangan pengguna, terutama mereka yang gemar memasak sayuran ini di rumah.

Namun, ketika memilih bendi di pasar atau pasar raya, masih ramai yang mengamalkan tabiat mematahkan bahagian hujungnya untuk menguji sama ada bendi tersebut masih muda dan lembut.

Baca juga: Permaisuri Pahang Kongsi Cara Buat Singgang Ikan Bilis, Guna Kuali ‘Legend’ Macam Ini Lebih Sedap!

CARA PILIH BENDI TANPA PATAHKAN EKOR, INI TEKNIKNYA

CARA PILIH BENDI

Walaupun kaedah itu dianggap berkesan, tindakan tersebut sebenarnya boleh merosakkan sayuran serta menjejaskan kualiti produk yang dijual.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk memilih bendi yang segar tanpa merugikan peniaga dan pembeli lain? Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, orang ramai diingatkan supaya tidak mematahkan hujung bendi ketika memilih sayuran di pasar.

Menurut perkongsian tersebut, perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan bendi rosak, malah boleh menjejaskan kualiti sayuran yang akhirnya tidak dibeli oleh pelanggan.

Sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah dan beretika untuk memilih bendi yang segar tanpa perlu mematahkannya.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pembeli hanya perlu memerhatikan bahagian hujung bendi. Pilih bendi yang tidak mempunyai lubang atau kesan kerosakan pada bahagian atasnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

CARA PILIH BENDI

Selain itu, beberapa ciri lain yang boleh dijadikan panduan termasuk:

  • Warna hijau yang sekata dan terang
  • Permukaan kulit yang licin serta tidak berkedut
  • Saiz yang sederhana dan tidak terlalu besar
  • Tidak mempunyai tompok hitam atau kesan lebam
  • Kelihatan segar dan tidak layu

Kebiasaannya, bendi yang masih muda mempunyai tekstur yang lebih lembut dan menghasilkan rasa yang lebih enak apabila dimasak.

Walaupun tujuan mematahkan hujung bendi adalah untuk memastikan kualitinya, namun pengguna dinasihatkan supaya lebih bertimbang rasa ketika memilih barangan di pasar.

Semoga perkongsian mengenai cara pilih bendi ini memberi manfaat kepada anda!

Baca juga: Ramai Stres Ayam Masih Berdarah Lepas Goreng, Rupanya Ini Teknik Viral & Mudah Warganet Kongsi!

Sumber: Threads Shidashafiee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×