Euforia Bola 2026
Cantik

Emas 916 Atau Campuran? Peniaga Kena Tipu Barang Kemas, Bongkar Cara ‘Check’ Ketulenan Emas Dengan Mudah!

ketulenan emas

Ketulenan emas adalah perkara paling penting yang perlu diberi perhatian oleh pembeli dan peniaga emas. Ramai yang terpedaya dengan barang kemas bercampur mutu kerana tidak melakukan ujian dengan betul sebelum berurus niaga.

Emas yang dijadikan perhiasan sebenarnya hadir dalam pelbagai gred, bergantung kepada tahap ketulenan serta campuran logam lain di dalamnya. Daripada semua jenis, emas 916 atau 22 karat menjadi pilihan utama masyarakat kini kerana ia tahan lasak, tetap berkilau dan sesuai dipakai setiap hari.

Baca juga: Formula Huruf “K”, Guru Bongkar Cara Kreatif Lukis Bintang 14 Bucu Jalur Gemilang Buat Ramai Terpana!

CARA PERIKSA KETULENAN EMAS, ELAK DIPERDAYA!

ketulenan emas

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap tahun pula menjadikannya bukan sahaja perhiasan, malah aset simpanan jangka panjang yang bernilai.

Disebabkan wujudnya isu barang kemas bercampur mutu di pasaran, mereka yang baru berjinak dalam perniagaan emas dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berurus niaga..

Dalam perkongsian di Facebook, peniaga emas Siti Aminah Gold mendedahkan pengalaman sendiri apabila dia tertipu dengan seutas rantai leher yang dijual kepadanya.

“Hari ni Kak Min terkena dengan pelanggan. Datang nak jual, tapi rupanya barang tu cangkuknya emas 916 tapi badan (rantai leher) pula emas paun.

Parah kalau main ‘ciduk’ (ambil) je, boleh menangis modal… kalau tak teliti memang makan diri,” katanya sambil menasihatkan pembeli supaya lebih teliti dan ikut prosedur ujian emas.

Sebagai makluman, emas paun merujuk kepada perhiasan emas bermutu lebih rendah, biasanya dalam kategori 585 (14K) atau 750 (18K). Barang kemas jenis ini banyak ditemui pada rekaan lama kerana kandungan logam campurannya lebih tinggi.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Pasang Cangkuk ‘S’ Gelang Emas, Barulah Tak Jatuh!

CARA MENGUJI KETULENAN EMAS

ketulenan emas

1. Secara visual

  • Periksa mutu cop pada emas sama ada 999, 916 mahupun 875.
  • Perhatikan perubahan warna selepas menggosoknya dengan jari.

2. Guna magnet

  • Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana bercampur dengan logam lain seperti besi
  • Namun, ada emas palsu dicampur logam bukan magnetik, jadi jangan hanya bergantung pada kaedah ini

3. Uji dengan asid nitrik

  • Cara ini cukup bagus untuk mengenali emas asli atau palsu.
  • Reaksi warna hijau = logam besi berlapis emas.
  • Reaksi warna susu = logam perak berlapis emas.
  • Jika masih memberi kesan warna emas = bukan emas tulen (tidak beri reaksi), sebaliknya logam kekuningan berlapis emas.

Seperti yang dikongsikan dalam video, pekerja Siti Aminah Gold menggunakan batu hitam dan asid nitrik untuk menguji rantai leher yang ditipu oleh pelanggannya.

“Batu hitam itu kita panggil ‘batu asah’ atau dalam istilah biasa orang emas sebut ‘testing stone’  yang berfungsi untuk uji ketulenan emas.

“Caranya ialah emas digosok sikit pada batu itu, akan tinggal kesan calitan. Lepas itu, calitan dititis dengan asid penguji (nitric acid). Dari situ boleh nampak sama ada emasnya tulen atau karat berapa atau campur logam lain.

“Cuma, ujian ini ujian asas sahaja. Kalau nak lebih tepat, kena guna mesin XRF (X-Ray Fluorescence) atau densimeter,” jelasnya lagi.

Baca juga: 5 Tips Isi UPU Untuk Elak Jadi Graduan ‘Tersadai’ Habis Konvo, Lepasan STPM Baca Ini!

Sumber: Siti Aminah Gold

FT Image: Siti Aminah Gold

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×