Euforia Bola 2026
Rakyat

Cara Guna SARA RM100 & Lokasi Pembelian: Tak Perlu Beratur, Tak Perlu Mohon…Terus Masuk Ke MyKad!

sara rm100

Dalam tekanan ekonomi yang semakin terasa, setiap bentuk bantuan kewangan ibarat titisan air di padang pasir. Jadi tak hairanlah bila pengumuman terkini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disambut penuh syukur apabila beliau mengumumkan bantuan one-off SARA RM100.

Bantuan SARA kali ini diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad menerusi inisiatif Sumbangan Asas Rahmah.

Baca juga: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan TAMBAHAN SARA 2025, Mungkin Kali Ini Anda Lulus!

SARA RM100 MENERUSI MYKAD, INI CARA SEMAK DAN DI MANA LOKASI BOLEH GUNA

sara rm100

Foto: freepik

Apa yang menarik, bantuan ini tak perlu ditebus secara tunai atau isi borang permohonan panjang lebar. Ia dimasukkan automatik ke dalam sistem MyKad anda jadi lebih cepat, selamat dan mudah digunakan di kedai yang mengambil bahagian.

Di mana boleh guna SARA MyKad? Ikuti langkah mudah ini:

  1. Layari pautan rasmi yang disediakan.
  2. Masukkan nama bandar atau negeri anda.
  3. Tekan butang “CARI”.
  4. Senarai kedai terlibat akan muncul mengikut kawasan pilihan.

Menurut perkongsian oleh MyKasih Foundation, berikut ialah langkah-langkah mudah untuk guna bantuan ini semasa membeli-belah:

Langkah 1: Pilih Barangan Keperluan

Pilih barangan daripada 13 kategori diluluskan, yang ditanda dengan label MyKasih di rak harga:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur
  • Makanan dalam tin
  • Biskut & minuman
  • Tepung & roti
  • Mee segera
  • Bahan perasa
  • Barangan sekolah
  • Produk penjagaan diri
  • Ubat-ubatan

Gunakan aplikasi MyKasih untuk semak baki bantuan, senarai barangan layak dibeli, dan lokasi kedai berhampiran. Imbas kod bar untuk pastikan barangan tersebut memang diluluskan bawah SARA.

Langkah 2: Tunjuk MyKad di Kaunter

Serahkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan sebelum bayar.

Langkah 3: Tukar PIN Sementara

Tukar nombor PIN sementara anda (6 digit pertama nombor MyKad) kepada PIN baharu untuk keselamatan.

Langkah 4: Juruwang Imbas Barangan

Juruwang akan imbas semua barangan yang anda pilih.

Langkah 5: Masukkan PIN & Bayar

Masukkan PIN 6-digit anda untuk sahkan pembelian. Nilai bantuan akan ditolak secara automatik.

Langkah 6: Simpan Resit

Jangan lupa ambil dan simpan resit untuk rujukan atau semakan semula.

sara rm100

Foto: Facebook

*Dalam zaman ekonomi mencabar ini, RM100 mungkin bukan penyelesaian jangka panjang, tapi cukup untuk beri sedikit ruang bernafas. Apa yang penting, sistem bantuan ini mudah, cepat, dan terus sampai kepada rakyat tanpa birokrasi membebankan. Jadi, semak lokasi kedai terdekat, rancang pembelian bijak, dan manfaatkan bantuan SARA MyKad ini sebaiknya!

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

Sumber: MyKasih Foundation

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×