Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Ini 12 Cara Berkesan Tegur Pasangan Dengan Hormat, Tanpa Drama Pinggan & Cawan Terbang!

menegur pasangan

Menegur pasangan bukan sekadar menegur kesalahan, tetapi juga membina hubungan yang sihat, penuh hormat dan saling memahami. Cara kita menegur boleh menentukan sejauh mana pasangan menerima teguran dan berasa dihargai.

Teguran yang tepat dan penuh kasih mampu mengeratkan lagi hubungan, manakala teguran yang salah cara boleh menimbulkan rasa kecewa dan salah faham.

Baca juga: Isteri Baru Habis Rawatan Barah, Terjumpa Suami Doktor Kantoi Skandal Dengan Gadis Umur 22 Tahun!

CARA MENEGUR PASANGAN DENGAN HORMAT & KASIH SAYANG

menegur pasangan

Gambar hiasan Pressfoto.

Justeru itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Erma Arshad ada berkongsi beberapa cara praktikal untuk menegur pasangan secara bijak dan penuh kasih:

1. Bercakap dengan tenang

Elakkan menjerit atau menggunakan nada kasar. Ingat, pasangan setara dengan kita, bukan anak kecil. Teguran yang lembut lebih mudah diterima.

2. Tegur dengan kasih

Pastikan teguran datang daripada rasa sayang dan sokongan. Teguran yang ikhlas akan jauh lebih membina daripada sekadar mengkritik atau menghukum.

3. Jangan mengkritik secara terus

Kritikan menekankan kekurangan, sedangkan teguran memberi cadangan yang lebih membina.

  • Contoh kritikan: “Masakan apa ni? Patutlah saya kahwin dengan orang lain yang pandai masak.”
  • Contoh teguran dengan kasih: “Nasi ni rasa agak masin. Mungkin lain kali kita boleh kurangkan garam untuk kesihatan kita.”

4. Hargai usaha pasangan 

Sentiasa ucap terima kasih atas apa sahaja yang dilakukan pasangan, walaupun kecil. Imbangkan teguran dengan penghargaan dan dorongan.

5. Elak menegur depan anak

Bincang secara peribadi supaya anak tidak hilang rasa hormat terhadap ibu bapa.

6. Elak menegur di tempat awam

Menegur di khalayak boleh memalukan pasangan dan menjejaskan keyakinan mereka.

Baca juga: “Bini Saya Rosnah! Sila Naik Bas” – Suami Sweet Jemput Isteri Terkandas Di MRT Buat Netizen Geli Hati

menegur pasangan

Gambar hiasan Freepik.

7. Kekal tenang

Marah dan teguran tidak serasi. Jangan menengking atau bersikap agresif, ketenangan membantu mesej lebih mudah diterima.

8. Jangan membandingkan

Setiap individu unik. Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain. Hargai mereka seadanya.

9. Fokus pada isu semasa

Bincang masalah yang berlaku sekarang tanpa mengungkit kesilapan lama yang sudah selesai.

10. Hormati pasangan sebagai individu

Jangan serang identiti, kebolehan, atau nilai diri pasangan. Semua orang berhak rasa dihargai.

11. Jaga maruah pasangan

Gunakan kata-kata sopan dan hormat. Elak sindiran, ejekan atau kata kesat.

12. Pilih masa yang sesuai

Tegur ketika suasana tenang, bukan semasa pertengkaran.

Akhirnya, tunjuk contoh melalui tindakan. Jangan hanya menegur kesalahan, tetapi tawarkan sokongan. Contohnya, bantu kerja rumah atau tunjuk kesabaran dalam komunikasi. Tindakan positif biasanya lebih berkesan daripada kata-kata semata-mata.

Baca juga: Suami Kerja Jauh Minta Video & Gambar Intim, Isteri Risau Bimbang Jika Ia Tersebar Ke Media Sosial

Sumber: Erma Arshad

FT Image: TiraChardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×