Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!

guru tampar murid

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Mohd Fadli Salleh, seorang bapa menerima pujian selepas tindakan matangnya dalam menangani kes guru tampar murid.

Tanpa menggunakan sebarang kekerasan atau emosi melulu, si bapa memilih untuk mengambil langkah undang-undang dan saluran rasmi bagi memastikan keadilan untuk anaknya yang menjadi mangsa kes guru tampar murid.

Baca juga: Tak Cemerlang Akademik, Tapi Cemerlang Sahsiah! Ini Tanda Anak Dah Berjaya Sebenarnya…

KES GURU TAMPAR MURID, TINDAKAN MATANG SI AYAH DIPUJI

GURU TAMPAR MURID

Sekadar gambar hiasan

Perkongsian yang baik dari seorang ayah. Cara beliau handle isu anaknya ini boleh dijadikan rujukan. Matang, tenang dan penyelesaian yang win-win.

Maaf, komen ini agak panjang sedikit tetapi mungkin boleh dijadikan panduan.

Kejadian ini berlaku pada anak saya tahun lepas. Anak saya berada di Tingkatan 5 dan merupakan seorang pengawas. Dia telah ditampar di kedua-dua belah telinga oleh seorang guru lelaki semasa sedang menjawab kertas ujian. Kejadian berlaku tanpa sebarang penjelasan daripada cikgu dan tanpa sebarang provokasi daripada anak saya.

Tindakan kami:

1. Saya membawa anak ke klinik dan kemudian dirujuk ke Pakar ENT. Berlaku pendarahan akibat gegendang telinga yang pecah.

2. Dengan membawa bukti daripada doktor pakar, saya berjumpa dengan GPK1, GPK HEM dan guru kaunseling (tanpa kehadiran anak). Saya menyatakan bahawa saya akan membuat laporan polis serta kepada PPD dan akan merujuk kepada peguam. Cikgu tersebut datang meminta maaf kepada saya. Dengan tegas saya nyatakan bahawa saya kecewa dan cikgu perlu bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap anak saya.

3. Saya membawa anak membuat laporan polis. Kemudian ke PPD, tetapi Allah lorongkan saya terus ke JPN. Rupa-rupanya ada pegawai aduan yang lebih tinggi kuasanya di sini. Saya tegaskan bahawa anak saya tidak akan hadir ke sekolah selagi cikgu itu tidak direhatkan dan ditukar ke sekolah lain. Saya juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cikgu dan pihak sekolah. Pegawai tersebut terus mengambil tindakan segera dan membuat susulan (follow-up) dengan saya, dan tindakan telah dilaksanakan.

4. Hasilnya, cikgu tersebut telah ditukar sekolah dalam masa 24 jam. Saya juga memberikan tiga pilihan penyelesaian kepada cikgu tersebut. Tetapi segala urusan dilakukan melalui PK HEM (sekolah sebagai perantara), bukan secara langsung dengan cikgu itu.

5. Alhamdulillah, dalam 2–3 minggu, beberapa perkara telah dipersetujui bersama melalui penyelesaian di meja rundingan.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah bertindaklah dengan tenang. Jangan bergaduh atau memukul cikgu kerana anda akan kehilangan kelebihan apabila ingin membuat aduan atau tuntutan nanti.

Cikgu yang bersalah boleh memohon maaf kepada ibu bapa tetapi kemaafan itu bukan hak anda, itu adalah hak anak anda.

Berbincanglah dengan anak tentang apa tindakan terbaik yang perlu diambil dan pastikan dipersetujui oleh anak, kerana dia yang menerima kesannya dan dia juga yang mengalami trauma.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Senarai Tarikh Penting Dalam Bulan Zulhijjah 2025, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang!

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×