Bagi penggemar hidangan tradisional manis, masak labu menjadi siro labu antara resipi yang cukup digemari ramai sejak dulu lagi. Teksturnya yang lembut bersama kuah manis pekat memang sesuai dijadikan pencuci mulut atau hidangan ketika majlis kenduri.
Perkongsian resipi oleh Siti Qeesyara Salleh di Facebook ini menarik perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang mudah serta menggunakan bahan yang ringkas sahaja.
Baca juga: Petua Buat Air Gula & Ibu Sirap Kenduri Dulu-Dulu, Buat 1 ‘Step’ Ini Wangi Semerbak & Lebih Sedap!
CARA MASAK LABU MENJADI RESIPI SIRO LABU

Gambar: Siti Qeesyara Salleh
Bahan-bahan:
Berikut bahan yang diperlukan untuk menghasilkan siro labu yang manis dan berkilat:
- 3 biji labu (dikupas dan dipotong)
- 1 kg gula
- 5 keping nise kerek
- 3 sudu kecil garam
- 3–4 helai daun pandan
- Sedikit air
- Air kapur (untuk merendam labu)
Cara penyediaan:
- Labu yang sudah dikupas direndam bersama air kapur selama lebih kurang 1 jam.
- Selepas itu, basuh dan bersihkan labu menggunakan air biasa.
- Masukkan labu ke dalam periuk bersama gula, nise kerek, garam dan daun pandan.
- Tambahkan sedikit air sahaja kerana labu akan mengeluarkan air ketika dimasak.
- Buka api sederhana, tutup periuk dan masak selama kira-kira 30 minit sehingga kuah menjadi pekat.
Menurut perkongsian tersebut, jika dimasak dengan cara ini, hasil siro labu akan kelihatan cantik dan berkilat.

Gambar: Siti Qeesyara Salleh
TIP WARGA MAYA UNTUK HASIL LEBIH CANTIK
Di ruangan komen, beberapa warga maya turut berkongsi pengalaman mereka memasak hidangan tradisional ini.
Antaranya ada yang berkata, “Favourite ni! Pertama kali makan lebih 30 tahun lalu terus jatuh cinta. Masa kenduri kawin jadi hidangan tetamu.”
Selain itu, ada juga yang berkongsi tip tambahan supaya tekstur labu menjadi lebih cantik, “Kalau rendam air kapur lagi lama lagi cantik isi labu berkilat.”
Tidak hairanlah siro labu masih menjadi antara hidangan tradisional yang digemari ramai kerana rasanya yang manis serta tekstur sayur labu yang lembut dan menyelerakan.
Baca juga: Cara Masak Rendang Kerang Lazat Macam ‘Pro’, Kena Tumis Api Perlahan & Naik Aroma Rempah!
Sumber: Facebook Siti Qeesyara Salleh
FT Image: Siti Qeesyara Salleh
