Ayam masak kicap madu merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang ingin menyediakan hidangan mudah, tapi menyelerakan di penghujung minggu ke-2 Ramadan tahun ini. Tambahan pula, cara masak ayam kicap ini juga tidaklah begitu sukar.
Kalau nak tahu, ia merupakan lauk masakan Melayu yang sangat sedap dinikmati bersama nasi putih yang masih panas. Rasanya yang manis dan kuah bertekstur pekat mampu memikat perut anda semua! Jom ikut resipi ayam masak kicap madu oleh Adilah Razak.
Baca juga: Cara Mudah Kukus Nasi Supaya Tak Hangus, Boleh Guna Cara Ini Bila Periuk Elektrik Rosak!
CARA MASAK AYAM KICAP MADU

Gambar: Adilah Razak
Ayam Masak Kicap Madu, mudah-mudah sahaja untuk makan tengah hari.
Baca juga: Resepi Mee Goreng Basah Bungkus Surat Khabar Macam Nenek Buat, Gamit Nostalgia!
Bahan tumbuk atau kisar:
- Bawang merah – 4 biji
- Bawang putih – 4 ulas
- Halia – 1 inci
Bahan lain yang diperlukan:
- Ayam yang telah digoreng – 6 ketul
- Kicap manis – 3 sudu besar
- Kicap pekat jalen- 2 sudu besar
- Sos tiram – 2 sudu besar
- Air – 1/2 cawan
- Cili kisar – 2 sudu besar
- Daun kucai @ daun bawang – dihiris
- Cili merah besar – 1/2 dihiris
- Madu – 4 sudu besar
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!
Cara-cara memasak:
- Tumis bahan tumbuk dengan menggunakan minyak bekas goreng ayam tadi.
- Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan air.
- Perasakan dan masukkan madu.
- Masukkan ayam goreng dan gaul sekata.
- Bila sudah nampak pekat masukkan hirisan daun kucai dan cili merah besar.
- Bolehlah ditutup api.
Sedia untuk dihidang makan dengan nasi panas-panas.
Baca juga: 11 Aneka Resipi Telur Istimewa Bulan Ramadan, Mudah Masak Waktu Sahur & Tak Renyah!
Sumber: Adilah Razak
FT Image: Adilah Razak
