Penggunaan tag nama WhatsApp kini menjadi solusi praktikal bagi ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti identiti dengan lebih mudah, terutama dalam kumpulan kelas yang melibatkan ramai ahli.
Dalam era digital masa kini, aplikasi WhatsApp menjadi medium utama penghubung antara guru dan ibu bapa, khususnya melalui kumpulan kelas yang diwujudkan bagi menyampaikan makluman, jadual serta pengumuman penting.
CARA TAMBAH TAG NAMA WHATSAPP UNTUK MUDAHKAN URUSAN

Freepik
Namun, tidak semua guru menyimpan nombor telefon ibu bapa satu per satu, terutama apabila perlu menguruskan jumlah pelajar yang ramai. Keadaan ini kadangkala menyukarkan guru untuk mengenal pasti ibu bapa yang menghantar mesej di dalam kumpulan.
Berita baiknya, WhatsApp kini menyediakan satu fungsi khas yang membolehkan pengguna menambah tag nama dalam kumpulan.
Melalui ciri ini, ibu bapa boleh meletakkan nama anak masing-masing bagi memudahkan guru mengenali identiti mereka tanpa perlu menyimpan nombor telefon.
Penggunaan tag nama membantu melancarkan komunikasi dua hala selain mengelakkan kekeliruan, terutamanya dalam kumpulan yang mempunyai ramai ahli.
Cara-caranya:
1. Pengguna hanya perlu membuka Info Kumpulan dan skrol ke bahagian senarai ahli.

2. Seterusnya, tekan pada nama sendiri dan pilih pilihan Tambah Tag Ahli.
3. Masukkan nama di ruangan yang disediakan sebelum menekan butang Simpan. Seperti contoh (Ibu Nur Firas Iman)

Selepas itu, tag berkenaan akan dipaparkan di bawah nama atau nombor telefon anda setiap kali berinteraksi dalam kumpulan.
Menurut maklumat daripada WhatsApp, tag yang ditetapkan terhad kepada maksimum 30 aksara serta tidak dibenarkan mengandungi simbol, tanda semak atau pautan.

Bagi pengguna yang masih belum menemui fungsi ini, disarankan untuk mengemas kini aplikasi WhatsApp ke versi terkini terlebih dahulu.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan komunikasi antara ibu bapa dan guru, sekali gus mewujudkan pengurusan sekolah yang lebih tersusun dan efisien.
Baca juga: Hanya Memiliki Berat 15KG, Pelajar Usia 19 Tahun Semangat Ke Sekolah Walau Bertubuh Kecil…
Sumber: Nurulaincs
