Menerusi perkongsian di laman media sosial pengguna Threads, seorang lelaki meluahkan pandangannya agar para isteri di luar sana mengambil berat tentang cara layan suami.
Jelasnya, ramai isteri hari ini terlalu sibuk dengan rutin harian seperti kerja, anak dan urusan rumah tangga sehingga terlupa bahawa seorang suami juga perlukan perhatian dan layanan.
CARA LAYAN SUAMI JANGAN AMBIL RINGAN, TAKUT TEWAS NANTI

“Isteri yang tak melayan suami akan kalah dengan wanita yang pandai melayan lelaki di luar. Contohnya mereka pergi makan tengah hari sama-sama di pejabat. Wanita itu tolong koyakkan sos dan tolong tuangkan dalam burger.
“Hati-hati. Nanti lama-lama suami kamu akan tewas. Layan suami mu walaupun anda rasa ia sekecil-kecil perkara, tetapi akan buat suami mu rasa dihargai dan mereka akan lebih menyayangi isteri,” ujar lelaki itu.
Kenyataan di atas mungkin nampak seperti satu amaran keras, namun realitinya memang berlaku dalam kehidupan sebenar.
Bukan soal suami tak setia, tetapi hakikatnya lelaki mudah tertarik dengan layanan yang membuat mereka rasa dihormati dan dihargai, walaupun dalam bentuk yang paling sederhana.
Sesuatu yang dianggap kecil oleh isteri seperti menyambut suami pulang dengan senyuman dan menyediakan air kegemarannya, boleh jadi satu bentuk penghargaan yang sangat bermakna buat suami.
Perkongsian lelaki itu mengenai cara layan suami ternyata mendapat perhatian ramai dan menjadi tular di laman sosial. Ramai dalam kalangan wanita berpendapat bahawa kenyataan itu seolah-olah meletakkan beban menjaga perasaan suami 100% di atas bahu isteri.
“Asyik isteri je kena layan, suami tak perlu ke faham isteri yang balik kerja pun sama penat? Kalau suami goyah hanya sebab orang lain koyakkan sos dan tolong picitkan tisu, itu bukan sebab isteri tak layan. Itu sebab suami sendiri mudah cair,” komen pengguna Threads.
Ada yang menganggap perkongsian tersebut sebagai satu ‘panggilan’ kepada para isteri agar lebih peka dengan emosi dan keperluan pasangan.
Baca juga: Buat 5 Perkara Ini Selepas Bersama Suami, RAHSIA Rumah Tangga Bahagia Dah Terbongkar!
Sumber: Threads
