Euforia Bola 2026
Sihat

Suka Marah & ‘Bitter’ Tak Kena Tempat, Rupanya Sebab Tak Kenal Perangai Sendiri Lagi!

KAWAL EMOSI

Kebolehan untuk kawal emosi bukan sahaja mencerminkan kematangan seseorang, malah menjadi asas kepada kestabilan mental dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Namun, proses ini tidak berlaku secara automatik, ia bermula dengan kesedaran khususnya terhadap faktor-faktor yang mencetuskan tindak balas emosi.

Baca juga: 10 Prompt Gambar AI Yang Tengah ‘Meletup’ Sekarang, Hasil Cantik & Nampak Real!

CARA KAWAL EMOSI & KENAPA CEPAT NAIK ANGIN

KAWAL EMOSI

Pernah tak kita sendiri pelik, kenapa kadang-kadang kita mudah sangat naik angin? Padahal benda kecil sahaja tetapi hati dah panas, suara naik. Rasa nak mengamuk pun ada. Lepas itu, menyesal.

Kalau pernah rasa macam ini, itu tandanya anda belum kenal trigger emosi diri sendiri dan bila tak kenal, anda akan mudah jadi mangsa pada emosi sendiri.

Trigger ini ibarat picu yang aktifkan reaksi emosi kita secara automatik. Ia boleh datang dari:

  • Kata-kata orang lain (nada suara, sindiran, rejection)
  • Persekitaran (tempat bising, suasana tak terkawal)
  • Memori lama (trauma, pengalaman buruk yang belum sembuh)
  • Perasaan diri sendiri (letih, lapar, hormon tak stabil)

Contoh:

Kalau dulu kita pernah kena marah depan orang ramai, mungkin hari ni bila ada orang tegur kita depan orang, kita terus ‘trigger’. Bukannya sebab salah besar pun tetapi sebab emosi lama kita “terpanggil”.

Antara sebab anda cepat marah adalah:

1. Penat

Bila fizikal dan mental letih, emosi pun cepat rapuh. Letih + banyak kerja + tekanan = senang meletup.

2. Tak luah apa yang dirasai

Emosi yang dipendam lama-lama boleh meletus bila tak tertahan.

3. Dah terbiasa ‘survive’, bukan tenang

Bila hidup selalu struggle, otak kita jadi ‘defensive mode’ Kita jadi mudah rasa terancam walaupun tak bahaya pun.

4. Tak kenal diri sendiri

Kita tak sedar apa yang boleh buat kita marah, sedih atau kecewa. Akhirnya kita ulang benda sama, emosi pun ulang naik.

Cara nak kenal trigger diri sendiri

Kadang-kadang kita marah, kecewa atau tersinggung tetapi tak tahu apa sebenarnya yang cetuskan perasaan tu. Tahu-tahu, dah meletup. Bila emosi menguasai diri, akan jadi susah nak kawal reaksi dan akhirnya menyesal.

Nak faham semua ini, anda kena mula dengan kenal trigger diri sendiri. Caranya? Cukup dengan satu soalan mudah:

  • “Apa yang buat aku rasa macam ni?”
  • Ambil masa untuk berfikir
  • Apa yang berlaku sebelum emosi itu datang?
  • Siapa yang terlibat?

Kemudian, tenangkan diri. Jangan terus bertindak. Bila emosi reda, baru anda boleh nampak puncanya dengan lebih jelas.

Kesedaran diri bukan untuk menjadi sempurna tetapi untuk jadi tenang dan tak mudah ‘meletup’. Mulakan perlahan-lahan. Kenal satu emosi, satu trigger, satu langkah pada satu masa.

Baca juga: Penyakit Adenoid ‘Serang’ Budak 5 Tahun, Muka Tiba-Tiba Berubah & Jadi Kuat Berdengkur!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×