Santan kotak menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah untuk didapati di pasar raya berbanding santan segar. Namun, cara penggunaannya memerlukan teknik yang betul kerana jika tersilap langkah, kuah masakan boleh menjadi pucat, berketul atau tidak pecah minyak seperti yang diharapkan.
Justeru, terdapat beberapa panduan ringkas untuk gunakan santan kotak yang anda boleh amalkan bagi memastikan hasil masakan kelihatan menyelerakan.
Baca juga: Cara Defrost Ayam Guna Air Garam, Tak Perlu Tunggu Lama & Hanya 30 Minit Ais Dah Cair!
CARA GUNA SANTAN KOTAK DENGAN BETUL, BARU PECAH MINYAK CANTIK

Kesilapan paling biasa bila memasak lauk bersantan ialah terlalu kerap mengacau selepas santan dimasukkan ke dalam kuah.
Caranya:
1. Selepas masukkan santan, biarkan ia mendidih dahulu tanpa dikacau.
2. Apabila sudah mendidih, baru masukkan garam atau bahan perasa.
3. Teruskan biarkan ia mereneh hingga semua bahan masak sempurna, masih tanpa kacau berlebihan.
4. Tutup api dan biarkan selama kira-kira lima minit.
5. Jangan sentuh atau kacau dulu.
Selepas beberapa minit, anda akan nampak sendiri lapisan minyak mula naik ke permukaan. Inilah yang dipanggil santan “pecah minyak” dengan cantik.

Freepik
Satu lagi perkara penting adalah anda perlu pandai mengawal api. Jangan gunakan api terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan santan cepat berketul atau pecah tidak sekata.
Gunakan api sederhana dan biarkan proses berlaku secara perlahan. Kesabaran memang kunci utama bila memasak lauk bersantan.
Jika mahu mengacau sekalipun, lakukan secara perlahan dan tidak terlalu kerap. Nampak mudah, tetapi teknik kecil inilah yang ramai terlepas pandang. Lepas ini bolehlah cuba sendiri bila masak kari atau rendang guna santan kotak. InsyaAllah kuah nampak lebih cantik, berkilat dan menyelerakan.
Semoga bermanfaaat!
Baca juga: Bawang Merah Tompok Hitam Tanda Ada Kulat, Kena Basuh Macam Ini Dulu Sebelum Nak Guna!
Sumber: Lemon8 NorBayaDahalan
