Selepas 30 hari berpantang, ramai wanita mula mencari cara semula jadi untuk memulihkan tenaga dalaman dan mengembalikan keyakinan diri. Salah satu amalan tradisional yang semakin mendapat perhatian semula ialah tangas kering, kaedah warisan nenek moyang yang terkenal untuk menjaga dan mengharumkan rahim.
Tangas bukan sekadar ritual kecantikan, tetapi satu bentuk terapi pemulihan tubuh wanita yang memberi kesan menyeluruh terhadap kesihatan rahim dan hubungan intim.
Apa Itu Tangas Kering? Kenapa Bagus Untuk Wanita?

Foto: Harian Metro
Bertangas kering dilakukan dengan menggunakan wap panas yang terhasil daripada bahan-bahan herba semula jadi dan batu sungai yang dipanaskan. Ia boleh dilakukan selepas hari ke-30 berpantang sehingga hari ke-44, iaitu tempoh tubuh wanita sedang pulih sepenuhnya.
Tangas ini amat digalakkan untuk wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, terutama yang:
- Belum putus haid,
- Ingin meningkatkan keintiman bersama pasangan,
- Atau sedang berhadapan dengan masalah fibroid, cyst, endometriosis dan ketumbuhan dalam rahim.
Amalan ini bukan sekadar tradisi malah ramai wanita mendapati tangas membantu dari segi kesihatan dalaman dan emosi. Antara manfaatnya termasuk:
- Mengecutkan rahim dan membantu pembuangan sisa darah nifas.
- Menghilangkan keputihan serta bau kurang menyenangkan.
- Mengurangkan risiko ketumbuhan seperti cyst dan fibroid.
- Merapatkan otot rahim dan faraj.
- Mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri.
- Menyegarkan tubuh dan menaikkan aura kewanitaan.
Langkah Mudah DIY Tangas Di Rumah

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 ketul kunyit hidup, ditumbuk halus
- 1 sudu besar jintan hitam
- 1 sudu besar halba
- 1 sudu besar garam kasar
- 3 sudu besar perahan limau nipis
- Beberapa biji manjakani
- Daun sireh untuk alas
- Batu sungai dan periuk tanah
Cara penyediaan:
- Panaskan batu sungai hingga betul-betul panas.
- Gaulkan semua bahan herba di atas hingga menjadi pes.
- Alas dasar periuk tanah dengan daun sireh.
- Letakkan batu sungai di dalam periuk, kemudian tuang pes herba ke atasnya.
- Duduk di atas periuk dengan kain batik atau selimut menutupi seluruh badan untuk memerangkap wap panas.
- Bertangas selama 30 minit atau sehingga batu mula sejuk.
Dalam dunia moden yang serba sibuk, tangas kering adalah cara lembut dan alami untuk wanita menghargai tubuh sendiri. Jika dilakukan dengan betul, tangas kering mampu menjadi ‘rahsia mahkota wanita’ yang kekal menawan dari dalam dan luar!
Baca juga: Petua Viral Minum Milo + Mentega Terus Bukaan 3cm, Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin Mudah & Tak Sakit
Sumber: Dy Shop via TV Viral
