Perhiasan stainless steel semakin popular kerana rekaannya yang moden dan lebih murah berbanding emas. Walaupun tahan karat, perhiasan ini pastinya ada kesan kotoran atau daki jika tidak dibersihkan dengan baik.
Jadi, artikel kali ini penulis ingin kongsikan cara cuci perhiasan stainless steel anda dengan betul dan pastinya berkilat-kilat. Jom cuba!
Baca juga: Tiga Jenis Kuali Paling Tak Sesuai Untuk Memasak, Kena Pilih Yang Macam Ini
CARA CUCI PERHIASAN STAINLESS STEEL, BARU BERKILAT-KILAT

Kredit: wikiHow
1. Guna sabun dan air
Kaedah ini sesuai untuk merendam perhiasan stainless steel anda namun tidak disarankan jika ada mutiara atau batu permata. Caranya:
– Letakkan air suam ke dalam mangkuk.
– Tambahkan dua atau tiga titis sabun pencuci pinggan kemudian kacau perlahan supaya sabun larut sepenuhnya.
– Rendam barang pehiasan stainless steel anda selama 5 minit.
– Kemudian, gosok perlahan-lahan mengguna berus gigi sehingga semua kotoran hilang.
– Bilas menggunakan air suam dan biarkan kering.
2. Cuci perhiasan stainless steel – guna baking soda
Baking soda adalah bahan abrasif yang berkesan untuk menanggalkan kotoran terperangkap dalam perhiasan atau celah-celah perhiasan anda.
Caranya:
– Campurkan dua sudu besar serbuk penaik dengan satu sudu teh air dalam mangkuk kecil.
– Kacau hingga menjadi pes. Jika terlalu cair, tambah sedikit lagi serbuk penaik.
– Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk mencuci perhiasan.
– Bilas pes serbuk penaik dengan merendam perhiasan dalam mangkuk berisi air suam atau lalukan di bawah air paip yang mengalir perlahan.
– Lap sehingga kering dan perhiasan anda kembali bersinar!
3. Guna ubat gigi
Ubat gigi boleh digunakan sebagai pengilat yang berkesan untuk perhiasan stainless steel.
Cara penggunaan:
– Lembapkan berus gigi dengan sedikit air.
– Letakkan sedikit ubat gigi pada berus dan gosok perlahan-lahan permukaan perhiasan untuk menghilangkan kotoran dan mengembalikan kilauannya.
– Bilas menggunakan air suam.
Tips jaga perhiasan besi tahan karat
– Tanggalkan perhiasan sebelum menggunakan bahan kimia kuat, berenang di kolam atau berendam dalam tab air panas.
– Elakkan daripada terkena penyembur rambut, minyak wangi, dan kosmetik berasaskan alkohol yang boleh merosakkan kilauan.
– Simpan dalam kotak tertutup untuk mengelakkan habuk dan calar akibat geseran dengan logam lain.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Kilatkan Barang Kemas Guna Air Serbuk Teh, Puas Hati Tengok Warna Tak Kusam!
Sumber: The Spruce
