Euforia Bola 2026
Dapur

Sukatan Lengkap Spaghetti Carbonara Homemade Paling ‘Laku Keras’ Untuk Jamuan Raya, Sekejap Je Licin!

CARA BUAT SPAGHETTI CARBONARA

Bagi anda yang ingin mengadakan jamuan raya atau potluck bersama rakan sekerja, di bawah ini penulis akan kongsikan artikel cara buat spaghetti carbonara dalam kuantiti banyak.

Resepi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya yang berlemak menjadikan hidangan ini ‘paling laris tanpa mengira usia.

Baca juga: Resepi Air Keladi Versi Creamy & Pekat Likat, Lega Tekak Bila Dapat Minum Masa Berbuka!

CARA BUAT SPAGHETTI CARBONARA PALING LAKU KERAS

cara buat spaghetti carbonara

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan ringkas yang mudah didapati dan sesuai untuk 20 orang tetamu. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • 3 bungkus spageti
  • 3 sudu besar butter
  • 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 1 bungkus daging burger (dihiris kecil)
  • 2 paket sosej (dihiris)
  • 1 tin cendawan (dihiris)
  • 2 tin susu cair
  • 4 keping keju cheddar
  • Garam & perasa secukupnya
  • Bancuhan tepung (tepung + air) untuk memekatkan kuah

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus spageti sehingga lembut, toskan dan ketepikan.

2. Panaskan butter dalam kuali.

3. Tumis bawang putih sehingga naik bau harum.

4. Masukkan daging burger, masak sehingga sedikit garing.

5. Tambahkan lada hitam, oregano dan kiub pati ayam. Kacau rata.

6. Masukkan sosej dan cendawan, gaul hingga sebati.

7. Tuangkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini.

8. Apabila kuah mula mendidih, masukkan susu cair dan kacau rata.

9. Masukkan keju cheddar dan kacau sehingga cair sepenuhnya.

10. Perasakan dengan garam dan perasa mengikut citarasa.

11. Untuk kuah lebih pekat, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau.

Siap! Kuah carbonara creamy dan lazat sedia untuk digaul bersama spageti.

cara buat spaghetti carbonara

Tips tambahan:

– Taburkan daun parsley cincang untuk aroma lebih wangi.

– Jika mahukan rasa lebih creamy, boleh tambah sedikit whipping cream.

– Elakkan masukkan bancuhan tepung terlalu banyak supaya kuah tidak terlalu likat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Step-By-Step Buat Biskut Jejari Coklat Guna Roti, Hanya 3 Bahan Dah Jadi Kudapan Raya!

Sumber: Facebook Siti Hasnah Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×