Pokok ajinomoto sering menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat kita, terutamanya bagi yang gemar bercucuk tanam di halaman rumah. Namanya kedengaran seperti bahan perasa terkenal, namun ia merujuk kepada pokok chaya iaitu sejenis tanaman berdaun hijau yang kaya khasiat dan mempunyai rasa umami yang tersendiri.
Ramai yang menanamnya tanpa mengetahui potensi sebenar daun ini dalam masakan harian. Jom ketahui cara memprosesnya untuk digunakan sebagai penyedap masakan.
Baca juga: Pokok Cili Kurang Berbuah? Cuba Teknik ‘Pulih Segar’ Ini, Jangan Terkejut Hasilnya Merimbun!
SERBUK POKOK AJINOMOTO (CHAYA)

Gambar: Quein Ryna
Hari ini saya nak kongsikan untuk orang yang tanam pokok chaya, tapi tak tahu nak buat apa dengannya.
Sebenarnya salah satu kegunaan dia ialah boleh dijadikan MSG semula jadi sebagai penyedap makanan dan pengganti MSG biasa di dapur itu.
Cara buat serbuk chaya untuk masakan:
- Kutip daun chaya yang separa tua.
- Basuh bersih-bersih, potong kecil dan jemur sekejap di bawah matahari.
- Bila nampak kering, ambil dan sangai (goreng tanpa minyak) dalam kuali.
- Lepas sangai, masukkan dalam mesin pengisar kering dan kisar halus.
- Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
Boleh dicampur dalam masakan sebab pokok chaya ini ada rasa manis lepas makan, orang kata ada ‘after taste’ yang sedap. Juga boleh dibuat minuman, seakan teh matcha.
Boleh guna pokok ajinomoto yang ada di rumah, sama ada jantan ke betina, kedua-duanya boleh! Selamat mencuba.
Baca juga: Seakan Cacing Rupanya ULAR BUTA! Jangan Bunuh Ya, Ini ‘Askar Senyap’ Pelindung Tanaman
INFO POKOK CHAYA

Gambar AI: Pokok Chaya yang seakan pokok betik.
Chaya, juga dikenali sebagai tree spinach, memang ada yang panggil “pokok ajinamoto” secara tidak rasmi kerana rasanya yang umami. Ia bukan pokok MSG sebenar tetapi kadang-kadang digunakan sebagai penyedap makanan.
Kegunaan dalam masakan
Daun chaya memang boleh dimakan, tapi mesti dimasak terlebih dahulu kerana ia mengandungi glukosida sianogenik, bahan toksik yang boleh menghasilkan hidrogen sianida jika dimakan mentah.
Oleh itu, wajib dimasak (rebus, tumis, atau sangai) sebelum dimakan.
Tentang dijadikan serbuk teh atau matcha
Tidak disarankan minum chaya seperti matcha tradisional (yang tidak dimasak) kerana kaedah matcha adalah minum daun yang dikisar halus tanpa proses masak. Ini berbahaya untuk chaya.
Namun, jika daun chaya telah dimasak (sangai/ditumis/rebus) dan dikeringkan sepenuhnya, maka serbuknya boleh digunakan dalam masakan atau dibuat teh dengan direndam dalam air panas dan ditapis dan bukan seperti matcha asli yang diminum bersama serbuk daun.
Pokok ajinomoto sama ke dengan pokok chaya?
- Pokok Ajinomoto dan Pokok Chaya bukan pokok yang sama.
- Sebenarnya tiada pokok khas bernama pokok Ajinomoto secara saintifik.
- Ramai orang kampung gunakan nama ini merujuk kepada pokok chaya, kerana selepas dimasak atau dikeringkan, rasanya ada sedikit umami seperti MSG (Ajinomoto ialah jenama MSG).
- Ia hanyalah gelaran tempatan, bukan spesies berbeza.
- Jangan keliru dengan pokok lain atau fikir ada pokok MSG sebenar kerana MSG dihasilkan secara penapaian, bukan dari pokok.
Baca juga: 11 Jenis Pokok Berhantu Yang Perlu Elak Tanam Dekat Rumah, Jadi Spot Cik Ponti Mengilai…
Sumber: Quein Ryna
FT Image: AI / Quein Ryna
