Menerusi laman Facebook bernama Nur Aisyah, dia ada kongsikan satu resepi mudah iaitu sambal butter berlemak untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan tidak kira melayu atau barat.
Sambal butter ini sesuai dijadikan sebagai bahan asas dalam masakan seperti nasi goreng, mi, pasta, lauk pauk tumisan, perapan daging, makanan laut dan lain-lain. Setiap suapan pastinya memberikan keseimbangan rasa pedas, masin dan berlemak yang mampu memikat selera.
Baca juga: Petua Beras Kekal Wangi Dan Kutu Tak ‘Berkampung’, Senang Hati Bila Nak Masak!
CARA BUAT SAMBAL BUTTER BERLEMAK, BOLEH MASAK MACAM-MACAM

Bahan-bahan:
- 2 ulas besar bawang putih
- 1 1/2 – 2 sudu besar chilli flakes
- 1/2 block salted Butter
Cara penyediaan sambal butter:
1. Panaskan sedikit olive oil dan tumis bawang putih. Bila bawang putih dah bertukar warna, boleh masukkan chili flakes dan butter.
2. Gaul sebati. Setelah itu, masukkan salted butter dan tumisan cili bawang putih tadi ke dalam mesin pengisar.
3. Kisar sehingga sekata dan masukkan sambal butter tersebut ke dalam bekas kedap udara.
4. Sejukkan dalam peti sejuk atau boleh bekukan dalam freezer.
Siap! Boleh disapu atas roti, digunakan pada steak, ayam bakar, ikan bakar, sayur panggang, atau pasta.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Petua Elak Gula Putih Bertukar Keras & Berketul, Jangan Buang Kalau Jadi Macam Ini
Sumber: Facebook Nur Aisyah
