Dalam dunia kerja yang semakin kompetitif, resume bukan lagi sekadar helaian kertas biasa. Buat resume yang lengkap ibarat ‘tiket masuk’ ke syarikat idaman anda.
Malangnya, masih ramai calon menggunakan format lama yang membosankan hingga menyebabkan resume mereka berakhir di tong sampah sebelum sempat dibaca.
Baca juga: 10 Jenis Font Terbaik Untuk Resume Anda ‘Laku Keras’, Kemas & Cantik Dipandang!
Teknik ‘Padu’ Buat Resume 2025, Panduan Supaya Majikan Terus Cari Anda!

Foto: freepik
Untuk tahun 2025, inilah teknik dan gaya resume yang dijangka paling ‘laku’ serta mampu menarik perhatian majikan dalam masa beberapa saat sahaja.
1. Ringkasan Diri yang Padat & Menarik
Majikan biasanya menilai resume kurang daripada 10 saat pertama. Bahagian teratas resume anda mesti ada profile summary yang ringkas tetapi ‘punchy’.
Contoh: “Seorang jurutera berlesen dengan 9 tahun pengalaman dalam penyelenggaraan Airbus A320. Terbukti cekap memimpin pasukan teknikal dan memastikan 98% pesawat disiapkan tepat masa.”
Elakkan ayat klise seperti “Seorang yang rajin, berdedikasi dan boleh bekerja dalam kumpulan”. Itu ayat basi yang majikan selalu nampak.
2. Gunakan Data & Pencapaian Nyata
Majikan suka fakta yang boleh diukur, bukan sekadar tanggungjawab umum.
SALAH: “Bertanggungjawab menyelia pasukan teknikal”
BETUL: “Menyelia 12 juruteknik dan berjaya siapkan projek penyelenggaraan 2 hari lebih awal berbanding jadual.”
Nombor, peratusan dan pencapaian sebenar jauh lebih meyakinkan.
3. Susun Ikut Relevan, Bukan Ikut Tarikh Semata-Mata
Ramai buat silap dengan hanya menyusun pengalaman mengikut kronologi. Untuk resume 2025, letakkan pengalaman paling relevan dengan jawatan yang dimohon di bahagian atas, walaupun ia bukan pengalaman terkini.
4. Tonjolkan Skill yang ‘Market Demand’
Selain pengalaman, majikan juga mahu lihat kemahiran teknikal, soft skills dan digital skills.
- Kemahiran teknikal: Penyelenggaraan pesawat, kejuruteraan, troubleshooting, coding (untuk bidang IT).
- Soft Skills: Kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan, problem-solving.
- Digital Skills: Microsoft Office, software industri, AI tools, data analytics.
Gabungan ini menunjukkan anda calon lengkap dan relevan dengan kehendak pasaran kerja 2025.
5. Resume Maksimum 2 Halaman
Resume lebih daripada 2 muka surat akan membuatkan majikan hilang minat. Untuk fresh graduate, cukup 1 muka surat. Untuk profesional berpengalaman, maksimum 2 muka surat.
6. Design Resume Trend 2025
Selain isi, rupa resume juga memainkan peranan besar. Resume yang clean dan moden lebih mudah dibaca dan nampak profesional.
Elemen reka bentuk yang disukai HR pada 2025:
- Layout 2 kolum (kiri: profile, skills, education | kanan: pengalaman kerja & pencapaian).
- Satu warna tema sahaja (biru, hijau teal atau maroon), selebihnya hitam/kelabu.
- Ikon kecil & bullet point untuk memudahkan ‘scan mata’.
- Infografik ringkas seperti bar tahap kemahiran atau timeline pengalaman.
- Font moden & bersih seperti Montserrat, Lato atau Poppins.
7. Headline Resume yang Jelas
Di bawah nama, letakkan headline yang terus menceritakan siapa anda.
Contoh:
- “Software Engineer | 5 Years in AI & Cloud Computing”
- “Marketing Specialist | Expertise in Social Media & Branding”
- “Aircraft Engineer | 9 Years Airbus A320 Experience”

Contoh resume yang terkini.
Paling penting, majikan terus nampak nilai anda tanpa perlu baca panjang. Selamat mencari kerja!
Baca penuh: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…
Sumber: indeed.com
