Menjelang bulan Ramadan, ramai mula mencari idea stok lauk tahan lama, dan pekasam daging antara pilihan popular kerana mudah disediakan serta boleh disimpan untuk tempoh tertentu jika dibuat dengan cara betul.
Perkongsian resipi oleh Cik Puan Teratai ini sesuai untuk yang ingin membuat persiapan awal, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas yang membantu proses penjemuran daging berjalan dengan baik.
CARA BUAT PEKASAM DAGING DENGAN MUDAH

Gambar: Cik Puan Teratai
Kenapa pekasam daging sesuai dijadikan stok sahur?
Selain rasanya yang enak apabila digoreng garing, pekasam daging juga praktikal kerana:
- Boleh disediakan lebih awal sebelum Ramadan
- Tahan lama jika disimpan dengan betul
- Mudah dimasak, sesuai untuk sahur ringkas
- Tidak memerlukan bahan yang rumit
Bahan-bahan:
- Daging (dihiris nipis)
- Garam secukupnya
- Beras (tidak perlu dibasuh)
- Asam keping
- Bekas kedap udara
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Ikan Bawal Masak Kicap ‘Chinese Style’, Tak Sangka Sedap Sampai Tergamam!

Gambar: Cik Puan Teratai
Cara penyediaan:
- Bersihkan daging dan lap hingga kering sebelum dihiris nipis.
- Gaulkan daging bersama garam sehingga sebati.
- Perapkan daging selama 15 minit di dalam bekas bertutup.
- Selepas itu, gaul semula daging seketika.
- Susun daging satu persatu di atas dulang untuk dijemur dan jarakkan antara satu sama lain.
- Jemur daging di bawah matahari selama 1 jam.
- Terbalikkan dan jemur lagi 1 jam sehingga kedua-dua bahagian daging kering permukaan sahaja (bukan kering kontang).
- Sangai beras di dalam kuali tanpa dibasuh sehingga keperangan.
- Tumbuk atau kisar beras sangai sehingga halus (tidak terlalu kasar atau terlalu halus).
- Gaulkan beras sangai bersama daging yang telah dijemur hingga sebati.
- Sediakan bekas kedap udara dan lapik bahagian bawah dengan beras sangai.
- Masukkan lapisan daging, tabur beras sangai dan letakkan asam keping.
- Ulang proses lapisan sehingga bekas penuh.
- Akhiri dengan lapisan beras sangai yang lebih tebal sebelum menutup bekas rapat.
- Simpan pada suhu bilik selama 2–3 hari, kemudian boleh dipindahkan ke peti sejuk untuk tahan lebih lama.
TIP PENYIMPANAN SUPAYA TAHAN LAMA
Untuk memastikan pekasam daging tidak cepat rosak:
- Pastikan bekas benar-benar kedap udara.
- Elakkan bekas terkena air atau lembapan.
- Gunakan sudu kering setiap kali mengambil pekasam.
Sumber: Cik Puan Teratai
FT Image: Cik Puan Teratai
