Kini, semakin ramai pengguna mula mencuba teknologi baharu untuk buat lagu guna AI kerana ia bukan sahaja mudah digunakan, malah mampu menghasilkan muzik dalam masa singkat hanya melalui platform seperti Gemini.
Menariknya, dengan hanya beberapa langkah mudah, sesiapa sahaja kini boleh menghasilkan lagu ciptaan sendiri tanpa perlu mempunyai kemahiran muzik atau pengalaman dalam produksi audio.
Baca juga: Pengguna Kongsi Bil Elektrik Turun Dari RM512 Ke RM109, Tukar Aircond Jenis Ini Memang Berbeza!
CARA BUAT LAGU GUNA AI, MUDAH SAHAJA
Berikut merupakan cara mudah untuk buat lagu menggunakan fungsi AI dalam Gemini:
1. Tekan “Create Music” pada Tools Gemini

Langkah pertama ialah membuka chatbot Gemini dan mencari butang atau fungsi “Create Music” pada bahagian tools. Fungsi ini membolehkan pengguna memulakan proses penciptaan lagu menggunakan AI secara automatik.
2. Masukkan prompt atau idea lagu

Selepas masuk ke fungsi tersebut, pengguna hanya perlu memasukkan prompt atau arahan mengikut kreativiti masing-masing. Gemini juga akan mencadangkan beberapa pilihan seperti track remix yang boleh digunakan sebagai asas lagu.
Lebih menarik, pengguna turut boleh memuat naik gambar atau video, dan AI akan menjana lagu berdasarkan input visual tersebut. Ini menjadikan proses penciptaan lebih kreatif dan unik mengikut idea pengguna sendiri.
3. Pilih mode Fast, Thinking atau Pro

Untuk penjanaan lagu, Gemini menyediakan beberapa mod berbeza. Mode “Fast” hanya menghasilkan lagu dengan durasi sekitar 30 saat, sesuai untuk idea ringkas atau preview awal.
Namun, bagi mereka yang ingin menghasilkan lagu dengan durasi lebih panjang serta kualiti yang lebih baik, pengguna disarankan menggunakan mode “Thinking” atau “Pro” yang menawarkan hasil lebih lengkap dan terperinci.
Dengan adanya fungsi ini, proses mencipta muzik kini tidak lagi terhad kepada pemuzik profesional sahaja. Sesiapa pun boleh mencuba menghasilkan lagu sendiri dengan hanya menggunakan telefon atau komputer, menjadikan kreativiti lebih mudah diakses oleh semua.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Block Konten Video Indonesia Di YouTube, Ini Panduan Mudah Ibu Bapa Kawal Tontonan Anak
Sumber: Gemini
