Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Kuih Ketayap Polka Dot Versi ‘Estetik’, Wajib Ada Kuali Macam Ini Baru Menjadi!

cara buat kuih ketayap

Kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Ia terkenal dengan kulitnya yang lembut dan inti kelapa yang manis dan enak. Namun, pernah tak anda cuba cara buat kuih ketayap polka dot?

Kuih ketayap yang unik ini bukan sahaja mempunyai rupa yang menarik, malah rasanya juga pasti memikat selera anda. Kalau dalam resepi lain, ketayap polka dot mempunyai warna menyerlah dan berwarna-warni, ketayap polka dot dalam versi ini lebih senang, lembut dan sesuai dijadikan santapan formal.

Baca juga: Resepi Kuih Peneram Macam Di Pasar Malam, Kena Pandai Kawal Suhu Baru Menjadi!

CARA BUAT KUIH KETAYAP POLKA DOT VERSI PALING SENANG!

cara buat kuih ketayap

Bahan-bahan kulit ketayap

3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1 cawan jus pandan
2 1/2 cawan santan sederhana cair
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal

Cara-caranya :

1.Kisarkan semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2.Panaskan kuali (saya guna periuk/kuali desseni dan ada corak biji-biji). Sapu nipis minyak.
3.Tuang 1 senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).. dah masak angkat.. ulang sehingga habis adunan.

Bahan-bahan inti kelapa

-1 biji kelapa parut putih
-1/2 cawan gula merah
-1/2 cawan gula pasir
-1 1/2 cawan air
-2 helai daun pandan
-1 sudu besar tepung ubi
-Sedikit garam

Cara-caranya :

1.Masak air dan gula sampai larut.
2.Masukkan kelapa parut, daun pandan dan garam.. kacau-kacau rata.
3.Agak-agak nak kering sikit, masukkan tepung ubi dan kacau-kacau sebati.

*Siap! Versi kali ini paling mudah kerana coraknya hanya boleh menjadi dengan menggunakan corak kuali sahaja. Nampak ‘aesthetic’ sahaja bila nak hidangkan.

cara buat kuih ketayap

Foto: Che Nom, ketayap versi tradisional.

Baca juga: Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Sumber: Instagram @dapurkakzura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×