Bayangkan anda sedang bersembang di WhatsApp, tiba-tiba terlintas idea lucu, “Macam mana agaknya rupa kucing pakai baju kurung makan nasi lemak?” Biasanya, anda perlu buat gambar AI dengan buka aplikasi ChatGPT, hasilkan gambar, muat turun, kemudian hantar semula di WhatsApp. Leceh, kan?
Tapi kini, segalanya lebih mudah! Dengan kemaskini terbaru dari OpenAI, anda boleh buat gambar AI di WhatsApp secara terus, tanpa perlu akaun ChatGPT pun.
Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!
CARA BUAT GAMBAR AI DALAM WHATSAPP TANPA PERLU DAFTAR CHATGPT!

Contoh.
Menariknya! Macam mana nak guna?
1. Simpan nombor ini di telefon anda: +1 800 242 8478 (1-800-CHATGPT).
2. Buka WhatsApp dan mula bersembang seperti biasa.
3. Hantar permintaan, contohnya:
“Lukiskan seekor kucing pakai baju kurung tengah makan nasi lemak”
4. Tunggu beberapa saat, dan anda akan terima gambar siap yang cukup menarik!
5. Terus kongsikan dalam chat bersama rakan dan keluarga.
6. Bukan itu sahaja, anda juga boleh hantar gambar sebenar dan minta AI tukar latar belakang, buat versi kartun, dan pelbagai lagi kreativiti yang anda mahukan.
Berapa Banyak Gambar Boleh Dihasilkan?
Untuk pengetahuan anda, hanya satu gambar percuma setiap hari sahaja yang boleh dicuba. Nak lebih? Hanya pautkan akaun ChatGPT anda (walaupun akaun percuma), dan anda akan dapat akses tambahan.
Tak sabar nak cuba? Simpan nombor AI di atas hari ini dan mulakan sembang kreatif anda terus dari WhatsApp!
Cuba minta: “Lukis pantai di Langkawi waktu matahari terbenam….”

Foto: freepik
Baca juga: Cara Tukar Gambar Raya ‘Toy AI’ Ala Patung Barbie Yang Viral, Buat Macam Ini Confirm Jadi!
