Euforia Bola 2026
Dapur

Rahsia Bubur Pulut Hitam Cukup Lemak Masin & Manis, Bila Masak Kepala Santan Buat Cara Ini!

cara buat bubur pulut hitam

Bubur pulut hitam ialah makanan pencuci mulut manis yang diperbuat daripada hitam pulut bubur dengan santan dan gula melaka atau gula tebu. Namun, cara buat bubur pulut hitam ini agak pelbagai oleh kerana “lain orang lain kaedahnya”.

Seperti perkongsian resipi bubur pulut hitam Mizah Ngatiman ini, kepala santan dimasak asing daripada bubur yang menjadikan rasanya serba-serbi cukup masin dan manis.

Baca juga: Rahsia Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!

CARA BUAT BUBUR PULUT HITAM

cara buat bubur pulut hitam

Gambar: Beras pulut hitam sebelum (kiri) dan selepas (kanan) direndam.

Adalah sekali saya makan Bubur Pulut Hitam di rumah adik ipar, sedap sungguh dengan cukup lemak masin dan manisnya air tangan mentua beliau. Kelainan pada waktu itu, saya perasan yang kepala santan dimasak asing.

Jadinya, terasa di tekak pula pagi ini, nak cuba buat sendiri. Pulut Hitam saya rendam sekejap sahaja dalam 3 jam tadi. Kemudian saya masak guna rice cooker.

Baca juga: Resipi LAKSAM PUTIH GEBU GEBAS Yang Puas Hati Bila Makan, Perut Pun Riang ‘Bernyanyi’!

Bahan-bahan Bubur:

  • 1 cawan pulut hitam
  • 5 cawan air
  • 1 cawan kacang merah
  • 1 keping nise kerek
  • 1/2 senduk gula pasir
  • Santan cair secukupnya
  • Daun pandan

Bahan-bahan Kepala Santan:

  • Santan pekat secukupnya
  • 2sb tepung beras
  • 1sk garam halus
  • Daun pandan

Baca juga: Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!

Cara penyediaan bubur:

cara buat bubur pulut hitam

  1. Mula-mula, rendam pulut hitam selama 3 jam dan diperiuk lain rebuskan juga kacang merah.
  2. Kemudian, terus rebus pulut hitam dengan air biasa.
  3. Dah agak empuk dan kembang boleh letak nise, gula pasir, daun pandan dan santan cair.
  4. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah yang telah direbus.

Cara penyediaan kepala santan:

bubur pulut hitam resepi

  1. Masak dulu santan pekat letak daun pandan dengan api yang kecil.
  2. Letak garam.
  3. Bancuh tepung beras dengan sedikit santan dulu.
  4. Campur kesemuanya dan sentiasa kacau sampai pekat dan likat.
  5. Dah meletup-letup, tutup api.

Siap dah kedua-duanya! Bolehlah disatukan. Selamat mencuba.

Baca juga: 7 Resipi Ringkas Untuk Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja, Cepat, Sedap & Buat Perut Kenyang!

Sumber: Mizah Ngatiman

FT Image: Mizah Ngatiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×