Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Perahan Air Asam Jawa Dengan Betul, Barulah Dapat Yang Asli & Pekat!

air asam jawa

Asam jawa merupakan antara bahan masakan yang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Rasanya yang masam manis merupakan rahsia kepada masakan Melayu khususnya, menjadi lebih enak. Namun, untuk mendapatkan air asam jawa yang betul-betul asli, ada cara betul untuk membancuhnya.

Berikut merupakan cara untuk memerah dan menyediakan air asam jawa dengan betul supaya anda puas hati dengan rasanya. Malah, bila guna cara ini, lebihan air asam jawa juga boleh disimpan dalam peti sejuk.

Baca juga: Selain ‘BABI’, Ini 15 Perkataan Lain Di Dalam Produk Makanan Yang Bawa Maksud Sama!

CARA BANCUH AIR ASAM JAWA UNTUK MASAKAN DENGAN BETUL

air asam jawa

Bahan-bahan:

-Asam jawa (yang ada biji)
-Air panas atau air suam

air asam jawa

Cara-caranya:

1.Pertama sekali adalah, anda perlu membeli sebuku asam jawa yang mengandungi isi buang berserta biji kerana ini adalah yang asal tiada ramuan tambahan.

2. Asam jawa seperti ini tahan pada suhu bilik secara semulajadi, dan boleh disimpan di luar peti sejuk untuk beberapa bulan kalau anda hanya menggunakan tangan dan sudu bersih bila menyentuhnya.

3.Ambil ketul 2 atau 1 sudu makan asam jawa. Ini merupakan ukuran agak-agak yang sering digunakan oleh tukang masak berpengalaman.

4.Letak di dalam mangkuk dengan air bersih. Kalau anda kesuntukan masa, gunakan air panas dan rendam untuk lebih kurang 2 minit. Kalau anda ada masa, gunakan sahaja air suam dan rendam untuk sekurang-kurangnya 10 minit.

5.Selepas direndam, isinya akan mula cair ke dalam air. Gunakan tangan bersih dan ramas isi asam jawa dengan teliti, dan pastikan seberapa banyak isi yang boleh diasingkan daripada biji. Kalau airnya masih panas, gunakan sudu. Perah dan ramas untuk lebih kurang 30 saat.

6.Bergantung kepada kerajinan anda, boleh bersihkan isinya terus daripada biji supaya anda mendapat segala perisa asam jawa yang ada. Malah, anda akan dapat biji untuk ditanam!

7.Perah seberapa banyak isi yang anda boleh dan asingkan untuk membuat lagi satu perahan asam jawa (kurang pekat) untuk hari yang lain, atau buang ke dalam tong kompos.

8.Tapis isi diperah ini ke dalam mangkuk berasingan. Langkah ini penting kerana pes asam jawa sering ada habuk dari rekahan kulit dan biji.

9.Gunakan jari anda untuk mengacau perahan ini dan tapi seberapa banyak jus yang boleh.

10.Jus atau air asam jawa ini sekarang sedia digunakan. Rasa dahulu untuk menentukan tahap masam-manisnya, dan gunakan amaun yang sesuai apabila memasak.

Berikut merupakan antara makanan yang enak apabila anda gunakan amaun air asam jawa yang betul:

-Ikan Masak Asam
-Asam pedas
-Air asam/ Sambal picit Utara
-Kari
-Sambal tumis
-Ikan goreng asam
-Mi Siam

*Jom cuba!

Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!

Sumber: Periuk.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×