Euforia Bola 2026
Nur

Cara Berubat Dengan Betul Guna Air Hujan, Jangan Terkejut Tiba-Tiba Rasa Mual Kerana Itu PETANDA!

air hujan

“Alamak, hujanlah! Kena lari cepat-cepat masuk rumah nanti demam kena air hujan!”

Itulah apa yang akan dilakukan apabila hujan mula turun. Dikhuatirkan akan menyebabkan anda demam namun air hujan ini mempunyai keajaibannya yang tersendiri. Ramai yang tidak tahu bahawa ia merupaka terapi semulajadi diturunkan Allah SWT bagi mencuci ‘benda’ kotor dan penyakit dalam badan.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

CARA BERUBAT GUNA AIR HUJAN, RAWAT PELBAGAI PENYAKIT

air hujan

Tapi mandi ini bukan sembarangan mandi. Ada cara dan kaedahnya di bawah kami ajarkan:

1.Niat – Niatlah dalam hati sekuatnya dan mohon pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan.

Contoh 1: Menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah jadikan air hujan sebagai api & asid yang membakar badan jin dalam badan kita.

Contoh 2: Suruh anak degil dan hyperaktif umur (5 tahun ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata-kata orang tuanya dan  dihilangkan gangguan syaitan.

2.Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

3.Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti yang turun terus dari langit. Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dengan baldi.

4.Air hujan yang turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.

5.Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. InsyaAllah ini juga adalah penawar.

6.Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-ayat standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit.

7.Baca terus sehingga sekurangnya 15 minit-30 minit sambil mandi air hujan.

8.Jika terasa sakit di bahagian badan tertentu tepuk-tepuk dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yang mahu keluar melalui cara ini (cara yang normal & tidak menyakitkan)

9.Sental-sental badan seperti menggosok daki di badan. Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

10.Selesai mandi badan jangan dilap…kecuali rambut. Biar kering sendiri.

11.Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 atau 7 hari berturut. Kalau hujan tak turun hari berikutnya nasib lah….tunggu lah hujan turun lagi…

air hujan

*Lain kali hujan turun jangan mengeluh. Ada manfaatnya bagi orang lain…

Baca juga: Ini 7 Lokasi Misteri Di Dunia Yang Masih Jadi Tanda Tanya Pengkaji, No.3 Seram!

Sumber: AdikToys, Muslim Qurban

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×