Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri, Jangan Minta Dikurniakan Sabar Tetapi Ini Doa Yang Sesuai & Lebih Spesifik

CARA BERDOA

Wahai isteri di luar sana, setiap hari pasti ada sahaja kerja rumah yang perlu diuruskan walaupun bekerja di siang hari. Jadi, antara salah satu kaedah untuk melepaskan penat lelah ini adalah dengan bercakap dengan Allah menggunakan cara berdoa yang betul dan spesifik.

Cara berdoa untuk isteri baca di bawah ini boleh diamalkan setiap hari agar rumah tangga sentiasa dalam keberkatan dan diredai olehNya.

Baca juga: Tertib Pengurusan Harta Pusaka Si Mati, Faraid Bukan Tempat Pertama…

CARA BERDOA UNTUK ISTERI BACA, LEBIH TEPAT & SPESIFIK

CARA BERDOA

Cara doa isteri yang tepat dan spesifik adalah jangan minta untuk dikurniakan sabar tetapi berdoa supaya dikurniakan jalan keluar dalam setiap kesukaran yang dilalui dengan sabar.

Seterusnya, cara berdoa untuk isteri adalah jangan doa untuk bahagia tetapi minta supaya dicetus rasa bahagia walaupun dalam kesempitan krisis dan masalah rumah tangga.

Para isteri juga dinasihatkan jangan berdoa untuk suami sentiasa menyayangi diri anda namun sebaliknya berdoa pada Allah agar pinjamkan ihsan dan rahmatNya melalui suami dengan kasih yang tak berbelah bahagi.

Cara doa isteri adalah jangan minta untuk kekal berumah tangga hingga ke syurga tetapi berdoa supaya dijadikan rumah tangga anda menjadi asbab anda masuk ke syurga Allah.

Seterusnya, jangan berdoa untuk dielakkan masalah dan ringankan kesihatan tetapi mohonlah agar mendapat reda dan sentuhan kasih Allah pada setiap takdir yang telah ditetapkan.

Semoga setiap yang ditentukan untuk kita adalah yang paling diredai olehNya dan dikehendaki untuk kebaikan diri sendiri. Menjadi isteri adalah kedudukan yang paling dekat dan paling luar biasa kebergantungannya kepada Allah.

Walau bagaimanapun, bergelar isteri juga membolehkan anda menjadi kedudukan yang paling meletakkan kita dalam keadaan berdosa.

Jadi, pilih kedudukan mana yang anda sendiri nak usahakan.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua para isteri di luar sana.

Baca juga: Tambah Amalan Dengan Niat Bangun 4 Pagi, Tunaikan Lima Solat Sunat Ini

Sumber: Facebook Bonda Umirah Taib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×