Euforia Bola 2026
Famili

Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!

penghuni penjara

Baru-baru ini, seorang pempengaruh TikTok dan juga peguam, Tun Laila, telah berkongsikan tentang makanan dan barangan yang dibuat oleh penghuni penjara Kajang yang mana ia boleh dibeli oleh orang awam.

Tun Laila menyatakan orang ramai dibenarkan masuk ke dalam kawasan Penjara Kajang dan menuju ke bangunan khas dikenali sebagai Galeri Jualan Produk My Pride untuk membeli produk hasil buatan penghuni penjara di situ.

Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

BARANGAN BUATAN PENGHUNI PENJARA JADI REBUTAN

penghuni penjara

Tangkap layar TikTok Tun Laila.

Tambah Tun Laila, bukan hanya di Penjara Kajang malah di semua penjara seluruh Malaysia terdapat pusat jualan untuk membeli barangan yang dibuat oleh penghuni penjara.

“Seluruh penjara di Malaysia ini ada produk-produk yang dihasilkan oleh penghuni seperti hasil masakan, hasil jahitan, hasil buatan seperti perabot dan perhiasan rumah, hasil tenunan dan semua ini dibuka untuk belian oleh orang awam.

“Bila anda membeli produk-produk mereka, dalam masa yang sama, anda memberi sokongan kepada mereka dalam bentuk kewangan. Jika ada lebihan hasil jualan, penghuni penjara dapatlah merasa makanan yang sedap masa raya nanti,” ujarnya.

Menerusi video tersebut, dapar dilihat adalah harga biskut raya yang dijual dalam harga mampu milik. Antaranya ialah biskut cinta hati dahlia yang berharga RM15 sebalang.

Selain itu, terdapat juga jualan baju batik dan hiasan rumah. Malah, mereka juga menerima tempahan untuk membuat baju raya.

Baca juga: Doktor Ini Hasrat Awalnya Nak Ada Lesen Ambulans Sahaja, Tapi Kini Sudah Ada 10 Lesen JPJ!

Baca juga: Pelajar USIM Dipilih Jadi Imam Tarawih Di New Zealand, Berjaya Lulus ‘Interview’ Yang Sengit!

Pengalaman orang awam membeli barangan buatan penghuni penjara

Seorang pengguna TikTok di ruangan komen menyatakan orang awam perlu membawa sample pakaian jika ingin mengupah jahit. Hal ini kerana, proses mengukur badan tidak boleh dilakukan ekoran banduan tidak dibenarkan berjumpa orang awam.

“Jahit baju Melayu pun boleh di Penjara Kajang ini. Serius cakap jahitan sangat kemas dan upah jahit sangat murah berbanding kedai luar…tapi kena bawa baju sample, nanti dia pulangkan sekali dengan baju siap,” kongsi Naz Nazry.

Bahkan kebanyakan komen di situ menyatakan produk yang paling popular di penjara Kajang adalah makanan sejuk beku. Di mana, karipap sejuk beku merupakan jualan paling laris sehingga ada yang perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan stok.

Jadi, kalau anda ingin membeli barangan hasil buatan penghuni penjara Kajang, bolehlah datang ke galeri tersebut pada hari Sabtu dan Ahad yang dibuka kepada orang awam. Datang awal supaya tidak perlu bersesak dengan orang lain!

@yarafaee

duta Penjara Kajang, ko ada? songket from @Misriscarves 🫶

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Baca juga: [VIDEO] Terpaksa Batal Kahwin ‘Last Minute’, Syarikat Katering Pulang Semua Wang Termasuk Deposit Raih Pujian!

Sumber: TikTok @yarafaee

FT Image: TikTok @yarafaee / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×