Bagi ibu bapa yang sedang mencari cara atasi sembelit anak, pengalaman seorang ibu ini boleh dijadikan panduan. Walaupun anaknya menyusu badan sepenuhnya dan tidak minum susu formula, masalah sembelit tetap muncul apabila diperkenalkan makanan pejal.
Menurut Irna Syafiqah yang berkongsi di Facebook, dia menyedari anaknya menghadapi masalah itu selepas diperkenalkan makanan pejal. Malah, beberapa kali dia terpaksa membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan enema daripada pakar pediatrik.
IBU KONGSI CARA ATASI SEMBELIT ANAK DENGAN URUTAN
Tanda usus anak mula terjejas
Masalah sembelit pada anak sebenarnya petanda awal bahawa sistem penghadaman memerlukan perhatian. Antara perkara penting yang ibu bapa perlu tahu apabila anak mengalami sembelit termasuk:
- Keadaan usus anak sudah mula terjejas
- Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan bakteria jahat
- Sistem penghadaman anak memerlukan sokongan tambahan
Irna turut berkongsi kisah mengejutkan apabila terbaca seorang ibu terpaksa mengorek dubur anaknya untuk keluarkan najis. Situasi tersebut menyedihkan, apatah lagi bayi seawal usia 2–3 bulan sudah bergantung kepada enema berulang kali.
Baca juga: Anak Trauma Dijangkiti Virus Impetigo Selepas Main Di ‘Indoor Playground’, Nampak Bersih Tapi Tidak!

Gambar Irna Syafiqah: Cara atasi sembelit anak melalui urutan di jari yang dikongsikan Irna di Facebook.
Cara lembut bantu anak buang air besar
Bagi mengelakkan cara yang ngeri itu, Irna berkongsi amalan yang dilakukan sejak 2022:
- Memberi probiotik untuk menyokong fungsi sistem gastrousus anak
- Mengamalkan urut shiatsu / refleksi tangan, menumpukan pada bahagian usus besar hingga ke dubur
Katanya, apabila melihat anak bergelut untuk membuang air besar, ibu bapa boleh cuba mengurut tangan anak berasaskan titik refleksi tersebut.
“Daripada buat perkara ngeri seperti korek-mengorek, lebih baik cuba urut tangan anak. Alhamdulillah, saya dah amalkan dan ia berkesan,” tulisnya.
Perkongsian ini diharap dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang sedang mencari cara atasi sembelit anak dengan selamat dan lembut.
Baca juga: Risiko Koma! Doktor Kongsi Tindakan Pantas Boleh Ambil Jika Anak Tertelan ‘Hand Sanitizer’
Sumber: Irna Syafiqah
FT Image: Irna Syafiqah / pvproductions

