Euforia Bola 2026
Asuh

15 Kemahiran Hidup Ini Mak Ayah Boleh Ajar Anak Usia 5 Tahun Di Rumah, Berguna!

Apabila anak sudah mencecah usia 5 tahun, ini merupakan fasa bagi kebanyakkan kanak-kanak sudah dihantar ke tadika. Namun, ini tidak bermakna mak ayah tidak perlu mengajar anak di rumah. Selain cara ajar anak menulis dengan betul, dalam usia 5 tahun ini penting untuk mereka mengetahui beberapa perkara asas yang lain.

Berikut merupakan 15 kemahiran untuk anak usia 5 tahun yang mak ayah boleh mula ajar di rumah. Untungnya bila anak dah tahu semua ini, mereka akan lebih ‘advance’ dari rakan-rakan tadika!

Baca juga: Ibu Kongsi Teknik Ajar SEMUA Anak Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Seawal Usia 8 Tahun!

CARA AJAR ANAK MENULIS DAN 15 KEMAHIRAN UNTUK ANAK 5 TAHUN

cara ajar anak menulis

Ada anak berusia 5 tahun , tapi tak tahu nak ajar apa? Okay jadi hari ni saya kongsikan 15 pembelajaran dan kemahiran yang boleh kita sebagai parents ajar anak di rumah ya.

1. Literasi Asas: Ajarkan ABC dan basic reading seperti bunyi. Gunakan buku cerita yang menarik untuk tarik motivasi mereka suka membaca.

2. Numerasi: Basic counting dan simple addition dan subtraction.

3. Fine Motor Skills: Aktiviti seperti coloring, cutting dan tracing shapes untuk memperkuat koordinasi tangan-mata.

4. Life Skills: Contohnya, memakai baju sendiri, kemas mainan dan tolong mama sediakan simple snacks.

5. Exploration & Creativity: Galakkan mereka untuk explore nature, buat arts and crafts dan imaginative play.

6. Social Skills: Bawa mereka ke playgroups atau playground untuk develop social interaction skills.

7. Motor Skills: Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan bermain di luar.

8. Bahasa Kedua: Mulakan dengan simple phrases dalam bahasa lain.

9. Emotional Development: Ajar tentang emosi dan cara menguruskannya.

10. Critical Thinking: Gunakan puzzles dan games yang mencabar minda.

11. Practical Skills: Ajar basic chores seperti menyapu dan mengemas bilik.

12. Music & Movement: Integrasikan muzik dan tarian dalam rutin harian untuk keseronokan dan perkembangan motor.

13. Elemen Agama Islam: Ajar doa-doa harian, seperti doa makan dan doa tidur, serta asas-asas solat.

14. Cerita dan Kisah Nabi: Bacakan cerita-cerita tentang nabi dan kisah teladan untuk membentuk akhlak yang baik.

15. Kreativiti melalui Permainan: Gunakan permainan role-play untuk mengembangkan kreativiti dan pemahaman sosial anak.

cara ajar anak menulis

Foto: Momjunction

Dengan fokus kepada 15 elemen ini, insyaAllah akan menjadi pengalaman yang seronok dan berkesan. Pastikan pembelajaran seronok dan sesuai dengan minat anak-anak! Jangan paksa-paksa. Belajar bukan semata-mata untuk akademik, tapi juga untuk membina kreativiti, kemahiran hidup dan pemahaman agama.

Baca juga: Ayah Cuba Terapi Pasir, Ikhtiar Nak Tengok Anak Lumpuh Boleh Berjalan Undang Sebak…

Sumber: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×