Euforia Bola 2026
Percutian

Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Balik Raya, Orang Pantai Timur Ikut Jadual Ini…

CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Setiap tahun, jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, anda disarankan untuk mengikut cadangan waktu perjalanan seperti dikongsikan di bawah ini.

Jadual cadangan waktu perjalanan ini untuk pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) disediakan sebagai panduan.

Baca juga: Tak Payah Pening Nak ‘Matching’ Warna Baju Dengan Tudung, Ikut Je Cadangan Ini! Baru Cantik

CADANGAN WAKTU PERJALANAN RAYA 2025, ELAK JALAN SESAK

CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Rancang perjalanan dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)

Dari Kuala Lumpur/Selangor pada 29 & 30 Mac (Sabtu dan Ahad)

Boleh bergerak ke Pahang (masuk di Plaza Tol Gombak)
Bermula 12.00 tengah hari – 4.00 petang atau 8.00 malam – 11.00 malam.

Bergerak ke Terengganu (masuk di Plaza Tol Gombak)
Bermula 9.00 pagi – 12.00 tengah hari atau 8.00 malam – 11.00 malam.

Bergerak ke Kelantan (masuk di Plaza Tol Gombak)
Bermula 6.00 pagi – 9.00 pagi atau 5.00 petang – 8.00 malam.

Perjalanan ke Kuala Lumpur/Selangor pada 5 & 6 April (Sabtu & Ahad)

Dari Pahang (masuk di Semua Plaza Tol)
8.00 pagi – 11.00 pagi atau 5.00 petang – 7.00 malam.

Dari Terengganu (masuk di Plaza Tol Jabor)
11.00 pagi – 1.00 petang atau 7.00 malam – 9.00 malam.

Dari Kelantan (masuk di Plaza Tol Bentong)
3.00 petang – 5.00 petang atau 10.00 malam – 12.00 tengah malam.

Nota: Waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Tol Gombak ialah seperti berikut:

  • 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari
  • 9.30 malam sehingga 12.00 tengah malam
  • Kenderaan ringan disaran elakkan memasuki Plaza Tol Gombak di waktu tersebut

Nota penting: penutupan lorong tidak dibenarkan bermula 27 Mac 2025 sehingga 7 April 2025.

Periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan selain memastikan minyak enjin, brek, dan tekanan angin tayar dalam keadaan baik.

Sebarang bantuan kecemasan, sila hubungi: 1-700-818-700 (24 jam)

Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025

Sumber: Facebook Lebuhraya Pantai Timur 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×