Euforia Bola 2026
Advertorial

Cabutan Simpan SSPN 2026 Tawar Hadiah Hampir RM1.4 Juta Untuk Ibu Bapa

Cabutan Simpan SSPN 2026

Sebagai ibu bapa, menabung untuk pendidikan anak bukanlah perkara asing. Tapi kini selain menabung anda berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik menerusi Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026.

Bayangkanlah menabung untuk pelajaran anak, tapi boleh menang kereta, motosikal, wang tunai, telefon pintar iPhone 17 Pro, DJI Osmo Pocket 3 Creator Combo dan banyak lagi dengan nilai hampir mencecah RM1.4 Juta untuk 954 orang pemenang.

Dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, dan berlangsung sepanjang tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026. Lebih daripada sekadar cabutan, inisiatif ini bertujuan memperkukuh budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan keluarga Malaysia.

Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 ada 3 kategori

Cabutan Simpan SSPN 2026

Bagi memberi peluang yang adil dan meluas, Cabutan Simpan SSPN 2026 dibahagikan kepada tiga kategori utama dengan tarikh penyertaan berbeza:

1. Cabutan WOW! Plus Loyalty 2026 (Tahunan)

  • Januari 2026 hingga  31 Disember 2026

2. Cabutan WOW! Plus Siri

  • Siri 1: 1 Januari 2026 hingga 30 April 2026
  • Siri 2: 1 Mei 2026 hingga 31 Ogos 2026
  • Siri 3: 1 September 2026 hingga 31 Disember 2026

3. Cabutan Simpan SSPN Baru Slay!

  • Slay 1: 1 Januari 2026 hingga 31 Mac 2026
  • Slay 2: 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026

Cabutan WOW! Plus Loyalty istimewa buat pendeposit Simpan SSPN Plus sedia ada yang telah membuka akaun sehingga 31 Disember 2026. Manakala bagi Cabutan WOW! Plus Siri terbuka kepada pendeposit baharu dan sedia yang telah membuka akaun atau membuat penambahan simpanan sepanjang tempoh kempen.

Mekanisme kempen sangat mudah. Setiap simpanan bersih RM50 merangkumi simpanan dan takaful layak menerima lima cabutan secara automatik, dan simpanan melalui myPTPTN, potongan gaji atau debit terus pula akan menerima 10 cabutan, sekali gus meningkatkan peluang anda untuk menang.

Manakala, Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! terbuka kepada pendeposit Simpan SPSN Prime dan Simpan SSPN Plus yang berusia antara 16 tahun hingga 29 tahun yang membuka akaun atau menambah simpanan melalui aplikasi myPTPTN dalam tempoh kempen.

“Menabung itu tak pernah rugi.”

Cabutan Simpan SSPN 2026

Menurut Umi Kalsum Abdul Razak, pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 Kategori Platinum, konsistensi menabung menjadi kunci.

“Menabunglah dengan Simpan SSPN kerana anda tidak rugi sebenarnya. Kalau kita konsisten menabung bukan setakat cabutan hadiah tapi benefit-benefit lain pun banyak sebenarnya yang  Simpan SSPN offer pada kita semua.”

Puan Umi Kalsum turut berkongsi bahawa kesemua 6 orang anaknya memiliki simpanan di Simpan SSPN.

“Ada yang saya simpan RM 500 dan ada yang RM300,” kataya.

Cabutan Simpan SSPN 2026

Manakala Evita Ang Yen Yen, pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 Kategori Gold, pula menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dalam Simpan SSPN kerana kadar dividen yang tinggi dan ada pelepasan taksiran cukai.

“Saya akan galakkan semua orang kalau boleh simpananlah dalam Simpan SSPN sebab dia memang banyak manfaatlah dan juga kemungkinan kamu akan menjadi pemenang seterusnya.”

Dia turut berkongsi perasan gembira apabila berjaya membawa pulang sebuah kereta kerana simpanan yang dibuat sebelum ini, bertujuan untuk membeli kereta.

Banyak lagi yang Simpan SSPN tawarkan

Selain peluang cabutan, Simpan SSPN menawarkan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Oleh itu, ibu bapa diluar sana gunakan kesempatan untuk menabung demi masa depan anak-anak. Siapa tahu mungkin tabungan yang disimpan hari ini bukan sahaja dapat digunakan untuk masa hadapan tapi boleh jadi asbab anda terplih sebagai salah seorang pemenang Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026.

Ingat Simpan SSPN bukan sekadar simpanan, ia adalah ikhtiar jangka panjang untuk memastikan anak-anak kita mempunyai peluang pendidikan yang lebih terjamin. Mulakan hari ini, tambah sedikit demi sedikit, dan biarkan masa bekerja untuk masa depan mereka.

Kerana setiap ringgit yang disimpan hari ini, adalah doa dan harapan untuk kehidupan anak yang lebih baik esok.

Layari Simpan SSPN atau aplikasi myPTPTN untuk malumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×