Kehidupan selepas SPM boleh jadi agak mengelirukan buat sesetengah orang. Nak sambung belajar? Nak kerja dulu? Nak tolong keluarga? Atau masih keliru tak tahu arah?
Dalam masa sama, mak ayah pun mula risau. “Anak aku dah besar… tapi dah bersedia ke nak masuk dunia sebenar?”
Hakikatnya, langkah pertama lepas SPM tak semestinya terus besar. Kadang-kadang, langkah kecil yang nampak biasa tu lah yang paling banyak ajar kita tentang hidup.
Apa yang ramai tak tahu sebenarnya kerja dalam industri servis, termasuk restoran makanan segera, sebenarnya antara “sekolah kehidupan” paling cepat ajar orang jadi matang.
Kerja pertama bukan sekadar tentang gaji tetapi training untuk dunia sebenar
Ramai orang pandang rendah kerja servis. Nampak macam “ala kerja sementara je”. Tapi cuba tanya sesiapa yang pernah kerja F&B atau fast food, mereka ni antara orang yang paling cepat belajar tentang:
-
Cara bercakap dengan macam-macam jenis orang
-
Urus tekanan waktu pelanggan ramai
-
Kerja berpasukan dalam situasi kelam-kabut
-
Berdikari, Disiplin masa & tanggungjawab
Benda ni semua tak ada dalam buku teks, tapi sangat mahal nilainya bila masuk alam kerja sebenar nanti.
Sebab tu, peluang untuk remaja rasa sendiri pengalaman bekerja walaupun hanya sehari, ia dapat buka mata mereka tentang realiti dunia pekerjaan.
“Kerja Mekdi je kot” — tapi sebenarnya banyak benda besar bermula dari sini

Siapa sangka, ramai yang mula kerja part time saja akhirnya jumpa hala tuju kerjaya mereka.
Melalui program latihan dan peluang sambil bekerja seperti yang ditawarkan di McDonald’s, belia bukan saja dapat duit poket tetapi dapat:
- Pengalaman awal pekerjaan
- Pendedahan kepada suasana kerja sebenar
- Peluang naik pangkat kalau konsisten & rajin
- Bonus dan insentif jualan
Malah, ada yang bermula sebagai kru sambilan ketika belajar dan akhirnya kekal membina kerjaya dalam bidang pengurusan restoran hingga ke peringkat tertinggi. Mekdi sentiasa menawar peluang pekerjaan dan harus direbut oleh belia.
Untuk ibu bapa: Dunia sekarang memang berbeza
Dulu mungkin laluan nampak jelas seperti belajar, grad dan kerja pejabat. Namun, sekarang realitinya lebih fleksibel dan pengalaman kerja awal sangat membantu anak:
-
Jadi lebih berdikari
-
Faham nilai duit
-
Belajar urus emosi bila berdepan dengan masalah
-
Tak kekok masuk alam kerja nanti
Kadang-kadang, kerja part time ini lah yang bantu anak kenal potensi diri sendiri. Dari situ baru dia nampak minat, kekuatan dan arah masa depan.
Tambah pendapatan, tambah pengalaman: Cara mudah upgrade resume dari awal

Bukan semua yang kerja part time ni pelajar. Ada juga yang dah bekerja tapi cari peluang tambahan untuk stabilkan kewangan. Kerja sambilan yang fleksibel bagi peluang untuk:
-
Tambah pendapatan
-
Isi masa dengan aktiviti produktif
-
Kumpul pengalaman dalam industri berbeza
Jabatan Sumber Manusia atau HR bukan hanya melihat keputusan peperiksaan, tetapi juga pengalaman kerja, kebolehan berkomunikasi dengan orang lain dan keupayaan bekerja dalam pasukan.
Semua kemahiran ini boleh mula dibina melalui langkah kecil seperti kerja awal dalam industri servis, yang sebenarnya menjadi asas penting untuk kerjaya lebih besar pada masa hadapan.
Layari https://www.maukerja.my/mcd/ untuk maklumat lanjut dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
