Sesetengah orang tua-tua zaman dahulu ada mengatakan bahawa karakter anak boleh dipengaruhi oleh bulan kelahiran mereka. Walaupun perkara ini tidak benar 100 peratus namun tidak salah untuk membacanya.
Berikut adalah contoh karakter anak berdasarkan bulan kelahiran masing-masing. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Perangai Anak Boleh Dipengaruhi Pada Waktu Lahir, Anak Ibu Lahir Pagi, Petang atau Malam?
BULAN KELAHIRAN PENENTU PERSONALITI ANAK

1. Bulan Januari – pandai berdikari
Sekiranya bulan kelahiran anak anda pada Januari, si kecil dikatakan akan menjadi seorang yang pandai berdikari. Dia akan terbiasa dengan ayat “saya akan buat sendiri….”
Walaupun pandai berdikari, anak yang lahir pada bulan Januari dikatakan sangat sensitif dan cerewer. Betul ke?
2. Bulan kelahiran Februari – penyayang
Februari adalah bulan yang penuh dengan kasih sayang, jadi watak yang akan dimiliki oleh si kecil anda adalah menjadi seorang yang penyayang.
Mereka memiliki sifat peka terhadap keperluan orang lain dan mempunyai rasa penyayang yang luar biasa. Malah dia juga tidak akan teragak-agak untuk berkongsi makanan dan mainan dengan orang lain.
3. Bulan Mac – suka ketenangan
Jika bulan kelahiran anak anda adalah Mac, ‘mainan’ kegemarannya adalah berimaginasi. Ini bermakna si manja suka bermain bersendirian dengan dunianya sendiri.
Selain suka berimaginasi dan ketenangan, dia juga sangat kreatif tetapi sedikit beremosi.
4. Bulan kelahiran April – bersifat dinamik
Anak yang lahir pada bulan April biasanya mempunyai ramai kawan di sekeliling mereka. Pergaulan bersifat dinamik dan ceria, membuatkan oramg lain selesa berkawan dengannya.
5. Bulan Mei – memiliki kemahuan tinggi
Selanjutnya, lahir pada bulan Mei dikatakan seseorang yang sensitif, mudah marah dan degil. Mereka juga kadang-kadang mahukan tempat bersendirian.
6. Bulan kelahiran Jun – kelakar
Karakter anak sekiranya bulan kelahiran Jun adalah seorang yang kelakar dan penyayang. Dia mempunyai sifat semula jadi di mana mampu membuat orang sekeliling ketawa dan selesa berkawan dengannya.
7. Bulan Julai – bercita-cita tinggi
Kanak-kanak yang lahir pada bulan Julai mempunyai kecenderungan untuk suka mempamerkan pengetahuan dan memiliki personaliti sangat jujur serta tidak takut untuk bercakap benar.
Bukan itu sahaja, dia juga seorang bercita-cita tinggi dan rajin dalam melakukan sesuatu perkara.
8. Bulan kelahiran Ogos – pandai bergaul
Kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan Ogos sangat bersemangat, positif dan pandai bergaul. Ia membuatkan orang sekeliling mudah selesa.
9. Bulan September – teratur
Watak kanak-kanak yang lahir pada bulan September biasanya cenderung dengan persekitaran yang teratur. Dia tidak suka kawasan tidak kemas kerana itu boleh menyebabkan gangguan.
10. Bulan kelahiran Oktober – pandai memujuk
Perwatakan kanak-kanak yang adil, setia, mempunyai sifat positif, suka bertengkar, bijak, pandai memujuk dan mesra ada dalam diri mereka yang lahir pada bulan Oktober.
11. Bulan November – kreatif
Si kecil yang lahir pada bulan November dikatakan suka mencuba benda baharu dan bersifat kreatif.
12. Bulan Kelahiran Disember – peramah
Comel, peramah dan sangat aktif, merupakan sifat anak lahir pada bulan Disember. Mereka juga mudah terhibur dengan sesuatu perkara tetapi mudah bosan.
Sentiasa bercita-cita tinggi dan rajin serta suka mempelajari sesuatu yang baharu.
*Ini hanyalah sekadar perkongsian sahaja. Sifat anak juga bergantung kepada didikan ibu bapa dan diri mereka sendiri.
Baca juga: Salah Siapa Generasi Sekarang ‘Perangai’ Semakin Menjadi-Jadi? Ibu Ayah Baca PERINGATAN Ini
Sumber: Orami
