Euforia Bola 2026
Asuh

Lelaki Tak Dikenali Selamba Pegang Paha Budak 3 Tahun, Bila Dijerkah Terus Lari Tak Cukup Tanah!

MANGSA GANGGUAN LELAKI

Seorang pengguna media sosial, Dhyea Hana, berkongsi satu pengalaman yang benar-benar mencemaskan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang hampir menjadi mangsa gangguan lelaki tidak dikenali.

Kisah ini tular selepas wanita itu memuat naik pengalaman tersebut di aplikasi Threads, disertai dengan peringatan kepada ibu bapa supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak.

Baca juga: Dah 9 Tahun Janji Nak Kahwin Tapi Hanya ‘Palsu’, Wanita Ini Tuntut Rugi Sebanyak RM259,000!

BUDAK PEREMPUAN JADI MANGSA GANGGUAN LELAKI TAK DIKENALI

MANGSA GANGGUAN LELAKI

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Kejadian berlaku ketika Dhyea sedang menunggu suaminya di kawasan luar tandas bersama anak lelakinya. Di situ juga terdapat seorang kanak-kanak perempuan, dianggarkan berumur tiga tahun, sedang duduk menunggu ayahnya yang masuk ke tandas.

Menurut wanita itu, kanak-kanak tersebut memakai crop top dan skirt pendek. Ayahnya sempat berpesan sebelum masuk tandas untuk duduk di kerusi dan jangan kemana-mana.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang tidak dikenali datang dan duduk di sebelah kanak-kanak berkenaan. Lelaki itu berpura-pura prihatin, bertanyakan di mana ayah budak tersebut.

Namun, tanpa disangka, lelaki tersebut mula menggosok peha budak perempuan itu. Dhyea yang perasan perlakuan tidak masuk  akal terus menjerkah lelaki berkenaan.

“Saya terus jerkah dan suara bergetar waktu itu. Dia terus cabut lari. Saya cepat-cepat ambil budak itu dan dudukkan dekat kami,” jelasnya.

Selepas hampir 10 minit, akhirnya ayah budak perempuan itu keluar dari tandas. Dhyea menceritakan semula kejadian dari awal kepada lelaki tersebut dan bertanya di mana isterinya.

“Isteri saya tengah shopping dekat dalam Aeon tadi. Tak tahu ke mana pergi dah,” ujarnya bersahaja.

Situasi itu jelas menunjukkan kurangnya pengawasan terhadap anak kecil, malah meletakkan anak dalam risiko walaupun hanya ditinggalkan seketika

Dalam perkongsiannya, Dhyea turut memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak.

Kes seperti ini mengingatkan kita bahawa kanak-kanak, tak kira lelaki atau perempuan, boleh menjadi sasaran individu tidak siuman yang berkeliaran di tempat awam.

Apa yang berlaku ini hanyalah salah satu contoh, dan mungkin banyak lagi kes yang tidak sempat dicegah. Justeru, ibu bapa adalah benteng pertama dalam melindungi anak-anak mereka.

Baca juga: Tanda Air Mani Berjaya Masuk Ke Dalam Rahim? Pasangan TTC Kena Ambil Tahu!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×