Membawa anak kecil di tempat awam sememangnya memerlukan perhatian yang lebih. Hal ini kerana, tiada siapa dapat menjangkakan panjang akal yang bakal dilakukan oleh mereka, sehingga boleh menyusahkan orang sekeliling.
Sebagaimana tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang mencalarkan sepasang kasut kulit di sebuah premis baru-baru ini, telah mengundang kemarahan ramai.
Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!
BUDAK PANJANG AKAL CALARKAN KASUT BUTIK

Gambar: TikTok @syuhad4.j
Melalui perkongsian sebuah video televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok @syuhad4.j, memperlihatkan seorang kanak-kanak mencalarkan sepasang kasut di sebuah butik berjenama yang dipercayai lokasinya berada di Pulau Pinang.
Kemudian, pekerja butik itu menjelaskan perbuatan kanak-kanak itu telah menyusahkan pekerja apabila kasut itu terpaksa digilap semula untuk menghilangkan calar.
“Cakar kasut kulit pakai kuku sampai bercalar balar kasut kita. Memang boleh polish dan akan hilang, tapi bukan senang kita nak pujuk customer untuk beli.
“Guys please aware dengan anak-anak kecil walaupun budak ini tak kecil mana, kita still boleh tegur anak-anak untuk behave.
“Sebab kita dalam shopping mall, barang yang kita jual bukan mainan untuk anak-anak main. Kalau nak main, mungkin boleh pergi dekat playground,” tulisnya di kapsyen.
Baca juga: Dipaksa Tekan Tubi 200 Kali, 62 Pelajar SBP Di Teluk Intan Dibuli Senior!
Baca juga: Bapa Terima Ujian Besar Anak Bongsu Pula ‘Pergi’, Isteri & Anak Sulung Nahas Sebulan Lalu!
Warga maya yang berbelah bahagi pendapat

Gambar: TikTok @syuhad4.j
Menjengah di ruangan komen, sesetengah orang ramai menganggap tindakan kanak-kanak tersebut hanyalah tindakan biasa dan normal.
“Nama pun budak apa nak heran,” komen seorang pengguna TikTok.
Namun, rata-rata komen menimbulkan rasa marah terhadap ibu bapa kerana tidak mempedulikan tingkah laku anaknya yang nakal.
“Kelakuan budak itu adalah cerminan orang tuanya.
“Ini bukan budak lagi sudah besar, sudah faham.
“Dia usha dahulu kiri kanan nampak sangat dia tahu apa yang dia buat itu salah.
“Besar macam ini dah tahu baik buruk…dapat dekat aku…eee,” antara komen yang ditinggalkan warga TikTok.
Sehingga kini video ini memperolehi sebanyak 1.3 juta tontonan dan 15,600 tanda suka.
@syuhad4.j Cakar kasut kulit pakai kuku sampai bercalar balar kasut kita. Memang boleh polish dan akan hilang, tapi bukan senang kita nak pujuk customer untuk beli. Guys please aware dengan anak2 kecik walaupun budak ni tak kecik mana, kita still boleh tegur anak2 untuk behave. Sebab kita dalam shopping mall, barang yang kita jual bukan mainan untuk anak2 main. Kalau nak main, mungkin boleh pi dekat playground 😊 Kalau nak tengok “art” yang budak ni buat dekat kasut kami, boleh tengok story tt saya. Terima kasih.
Baca juga: Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!
Sumber: TikTok @syuhad4.j
FT Image: TikTok @syuhad4.j
