Terkini, portal Buletin TV3 melaporkan insiden maut seorang budak jatuh tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Johor Bahru. Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu berusia 2 tahun telah maut akibat terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya di sini, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian jam 9.16 malam kelmarin.
BUDAK JATUH TINGKAT 16

Gambar: Buletin TV3
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian disedari oleh ahli keluarga terdekat mangsa pada jam 8.50 malam.
Katanya suspek adalah sepasang suami isteri warga tempatan berusia 56 tahun dan 78 tahun dan memiliki hubungan rapat dengan mangsa.
Sebelum kejadian, katanya mangsa bersama ahli keluarga baharu selesai beriadah di kolam renang pangsapuri berkenaan.
“Selepas itu, mangsa dibawa balik ke rumah di tingkat 16, pangsapuri berkenaan oleh kedua-dua suspek sementara menunggu ibu mangsa bersama ahli keluarga lain yang ke pusat dobi terletak di aras tujuh pangsapuri berkenaan.
“Ketika berada di dalam rumah, kedua-dua suspek meninggalkan mangsa bersendirian di ruang tamu untuk menunaikan solat.
“Selepas selesai menunaikan solat kedua-dua suspek mendapati mangsa tiada di dalam rumah dan hasil pencarian, kedua-dua suspek mendapati mangsa terjatuh di aras 8 pangsapuri itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Baca juga: Ibu Jangan Dibiarkan Sahaja Diri Dikritik Ibu Lain! Ini 6 Cara Atasi ‘Mom Shaming’
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat 16 pangsapuri
Raub berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari aras 16 ke aras 8 pangsapuri itu menerusi tingkap bilik tidur yang terbuka serta tidak dipasang jeriji.
Jelasnya lagi mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), JohorBahru untuk dibedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan terdapat unsur-unsur pengabaian ke atas mangsa dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM50,000,00 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi terus di talian 07-2182323,” katanya.
Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!
Sumber: Buletin TV3
