Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikejarkan ke hospital selepas didakwa mengalami pendarahan di bahagian kemaluan dipercayai akibat digigit lintah ketika sedang bermain di sawah di Sungai Rambai, baru-baru ini.
Kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa mengambil bahagian dalam satu program yang diadakan di kawasan sawah tersebut.
Baca juga: Harga Emas Cecah RM645.85 Segram Hari Ini, Capai Paras Tertinggi & Pecah Rekod!
DIGIGIT LINTAH, BUDAK 7 TAHUN ALAMI PENDARAHAN

Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 1 tengah hari selepas pihak Wad Kecemasan Hospital Jasin membuat panggilan kepada mereka.
“Mangsa dibawa oleh ibunya ke hospital kerana mengalami kesakitan dan pendarahan semasa bermain di sawah berkenaan. Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada bahagian kemaluan,” katanya.
Ibu mangsa memaklumkan anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam semasa berada di kawasan sawah tersebut.
Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut, dan doktor tidak menolak kemungkinan pendarahan berpunca daripada gigitan lintah.
“Setakat ini, tiada sebarang tanda trauma atau unsur jenayah seksual dikesan,” tambah sumber.
Laporan polis dibuat sebagai sebahagian daripada prosedur perubatan.
Sumber: Harian Metro
