Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak Lima Tahun Dilarikan Bersama Kenderaan, Ditemui Selamat Selepas Tiga Jam

budak 5 tahun dilarikan

Seorang budak 5 tahun dilarikan bersama sebuah kenderaan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, pagi Rabu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan cemas selama kira-kira tiga jam sebelum berjaya ditemui.

Baca juga: Sekelip Mata Jadi Tragedi! Besi Panas Bahang Matahari Jadi Punca Tangan Anak Melecur…

BUDAK 5 TAHUN DILARIKAN 3 JAM KETIKA IBU AYAH BELI SARAPAN

BUDAK 5 TAHUN DILARIKAN

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan sebuah kereta di Jalan PJS 6/4 sekitar jam 7.24 pagi.

Menurut beliau, pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah meninggalkan anak mereka di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan untuk membeli sarapan. Namun sebaik kembali, mereka mendapati kenderaan berkenaan sudah tiada.

“Menyedari kejadian itu, pengadu segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Susulan laporan tersebut, polis melancarkan Op Tutup dan dengan kerjasama orang awam, kenderaan berkenaan berjaya dikesan di kawasan Apartment Mentari Court. Kanak-kanak itu ditemui selamat di dalam kenderaan selepas kira-kira tiga jam operasi dijalankan.

BUDAK 5 TAHUN DILARIKAN

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan semula kepada ibu bapanya, manakala usaha mengesan dan menangkap suspek terlibat masih diteruskan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan orang. Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Dalam masa sama, polis meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran, Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012-223 7272.

Baca juga: Tak Tahan Dengar Tangisan Anak Sendiri, Ayah Hempas Bayi 6 Bulan Atas Lantai.. Kejam!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×