Euforia Bola 2026
Famili

Rawatan Pergigian Bertukar Tragedi, Budak 4 Tahun Maut Bila Doktor Bius Lama & 18 Gigi Dirawat!

RAWATAN PERGIGIAN

Siapa sangka kunjungan seorang kanak-kanak ke sebuah klinik pergigian berakhir dengan tragedi yang meruntun jiwa. Kanak-kanak empat tahun itu sepatutnya menjalaini rawatan rutin namun bertukar insiden menyayat hati kerana disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan pergigian di bawah bius penuh.

Baca juga: Pelajar PhD Maut Kereta Terbabas Dalam Tasik Kampus, Penumpang Berjaya Selamatkan Diri

RAWATAN PERGIGIAN JADI INSIDEN, BUDAK 4 TAHUN MENINGGAL DUNIA

RAWATAN PERGIGIAN

Bapa mangsa memaklumkan bahawa anaknya hanya dijadualkan menerima rawatan pada beberapa gigi yang bermasalah. Namun tanpa pengetahuan ibu bapa, pasukan perubatan mengambil keputusan merawat kesemua 18 batang gigi dalam satu sesi.

Keputusan drastik itu dipercayai dilakukan oleh doktor pergigian dan pakar bius bertugas, sekali gus menyebabkan prosedur berlangsung lebih lama daripada jangkaan.

Kanak-kanak tersebut dibius selama lebih tiga jam setengah sebelum tiba-tiba jantungnya terhenti semasa rawatan sedang dijalankan. Pasukan perubatan cuba memberikan bantuan kecemasan, namun mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Keluarga mangsa terkejut dan sedih kerana tidak dimaklumkan mengenai perubahan pelan rawatan yang begitu besar serta risiko yang mungkin timbul daripada prosedur panjang di bawah bius umum.

Tragedi ini menimbulkan kemarahan ramai di Kazakhstan, terutama berkaitan isu keselamatan kanak-kanak ketika menerima rawatan pergigian di bawah bius penuh.

RAWATAN PERGIGIAN

Pakar kesihatan turut menekankan bahawa prosedur kompleks dalam tempoh yang terlalu lama boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti masalah pernafasan serta kegagalan fungsi jantung.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terhadap klinik terbabit atas dakwaan kecuaian dan kegagalan mendapatkan persetujuan sewajarnya daripada ibu bapa.

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, ia menjadi peringatan penting kepada ibu bapa mengenai keperluan memahami setiap prosedur yang dicadangkan kepada anak, termasuk risiko yang mungkin timbul. Rawatan pergigian untuk kanak-kanak lazimnya dilakukan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Kes ini turut membuka perbincangan mengenai standard rawatan pergigian pediatrik dan betapa pentingnya komunikasi jelas antara doktor dan ibu bapa sebelum sebarang prosedur dijalankan.

Baca juga: Anak Sulung Redah Banjir Bawa Beg Demi Jawab SPM, “Pertaruhkan Nyawa Untuk Exam Penting..”

Sumber: Nexta TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×