Euforia Bola 2026
Nur

Masih Buat Dosa Sama Walau Dah Banyak Kali Taubat, Diterima Atau Sebaliknya?

dosa berulang kali

“Kalau saya bertaubat tapi ulang balik dosa yang sama, adakah taubat saya masih diterima? Rasa sia-sia dan malu sangat dengan Allah.” Soalan ini mungkin terlintas di hati ramai antara kita, terutama bila berdepan dosa berulang kali yang membuatkan hati rasa kecewa dan hampir putus asa.

Rasa bersalah, kecewa dengan diri sendiri dan malu dengan Allah apabila dosa yang sama terus berulang walaupun telah bertaubat berkali-kali. Namun, jawapannya sangat jelas dan menenangkan ‘tiada taubat yang sia-sia.’

Baca juga: Tular Peniaga Jual Daging Landak Di Media Sosial, Ternyata Ini Hukum Makan Haiwan Berduri Itu!

BUAT DOSA BERULANG KALI SELEPAS TAUBAT, ADAKAH DITERIMA?

dosa berulang kali

Gambar AI

Ustaz Adnin menjelaskan bahawa taubat ibarat ubat. Bila tubuh badan sakit, kita akan makan ubat dan bukan sekali terus sembuh. Kadang perlu ulang makan berkali-kali.

Sama juga bila iman kita lemah dan hati kita ‘sakit’ dengan maksiat. Taubat adalah ubat untuk menyembuhkan hati kita, dengan izin Allah SWT.

Jangan bayangkan taubat sebagai magik. Bukan hari ini taubat, esok terus jadi sempurna. Ia proses.

Kita akan jatuh dan bangkit, ulangi dosa dan taubat lagi. Tapi dengan istiqamah, lama-lama Allah akan cabut kelazatan maksiat dan gantikan dengan kemanisan ibadat.

Allah tak minta kita jadi sempurna

Allah tidak menjadikan manusia untuk menjadi sempurna. Tetapi Allah mahu kita tidak berputus asa dan terus meminta ampun walaupun telah berbuat dosa berkali-kali. Kuncinya adalah taubat yang jujur dan ikhlas.

Firman Allah dalam Surah al-Imran ayat 133:

“Dan bersegeralah kamu ke arah keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.”

Dalam Surah al-Tahrim ayat 8 pula Allah menyeru:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga.”

Baca juga: Dari Muharam Ke Zulhijah, Ini Maksud Di Sebalik 12 Bulan Dalam Kalendar Islam

Syurga bukan untuk yang sempurna, tapi yang tak putus asa

Ustaz Adnin menegaskan bahawa syurga bukan milik mereka yang tak pernah buat salah, tetapi untuk mereka yang tak pernah berhenti kembali kepada Allah, walaupun telah jatuh berkali-kali.

Allah suka hamba yang bertaubat. Bahkan setiap kali kita mengangkat tangan memohon ampun, Allah Maha Pengampun akan membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya.

Jangan putus asa, teruskan taubat

Jika anda rasa lemah dan ingin berhenti bertaubat kerana merasa tak layak, ingatlah bahawa selagi anda hidup, pintu taubat masih terbuka. Tiada taubat yang sia-sia.

Allah tak pernah jemu mendengar taubat hamba-Nya, selagi kita tidak jemu untuk kembali kepada-Nya. Teruskan berjuang. Jatuh, bangkit semula. Kerana syurga bukan untuk yang sempurna, tetapi untuk mereka yang terus berusaha.

Baca juga: 15 Penuntut UPSI Dalam Nahas Bas Di Gerik Dikategorikan Syahid Akhirat Oleh Mufti

Sumber: TikTok @ustazadnin

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×