Euforia Bola 2026
Nur

“Surau Bukan Tempat Buang Sampah”– Pengguna Threads Tegur Sikap Tinggalkan Makeup Wipes Selepas Guna

makeup wipes

Penggunaan makeup wipes sebelum menunaikan solat sememangnya menjadi kebiasaan bagi sesetengah wanita. Namun, tindakan membuang tisu tersebut secara tidak sepatutnya di dalam surau menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi keadaan sebuah surau yang didakwa ditinggalkan dalam keadaan berselerak.

Baca juga: Murid Lelaki 7 Tahun Maut Dilanggar Bas Sekolah, Cedera Parah Di Bahagian Kepala

BUANG MAKEUP WIPES MERATA-RATA DALAM SURAU

MAKEUP WIPES

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, individu berkenaan mendakwa melihat beberapa makeup wipes yang digunakan untuk membersihkan solekan diletakkan di atas rak al-Quran selain terdapat sampah yang ditinggalkan di beberapa sudut surau.

Dia turut mendakwa telekung yang disediakan tidak dilipat atau disusun semula selepas digunakan, sebaliknya disumbat begitu sahaja.

Menurutnya, sebagai umat Islam, setiap individu digalakkan menjaga kebersihan sama ada di rumah mahupun di tempat awam, termasuk surau.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut mempersoalkan sama ada sikap yang sama diamalkan ketika berada di rumah sendiri dan menegaskan teguran itu dibuat kerana tidak bersetuju dengan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan.

Warganet setuju kebersihan perlu dijaga bersama

MAKEUP WIPES

Ramai yang bersetuju bahawa menjaga kebersihan surau bukan hanya tanggungjawab pihak pengurusan atau petugas pembersihan, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu yang menggunakan kemudahan tersebut.

Ada juga yang mengingatkan orang ramai supaya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, melipat semula telekung selepas digunakan serta memastikan ruang solat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas.

Tempat ibadah merupakan ruang yang digunakan oleh ramai orang setiap hari. Justeru, amalan mudah seperti mengutip semula sampah sendiri, menyusun telekung dengan baik dan menjaga kebersihan kawasan sekitar mampu memberikan keselesaan kepada pengguna lain.

Sikap bertanggungjawab dalam menggunakan kemudahan awam bukan sahaja mencerminkan nilai sivik yang baik, malah turut menunjukkan rasa hormat terhadap tempat ibadah dan masyarakat sekeliling.

Baca juga: Bakal Pengantin Kritikal Selepas Guna Ubat Kurus Viral ‘Reta’, Hati Bengkak & Usus Bocor!

Sumber: Threads Straycat150

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×