Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu Mengandung Dapat Buah Naga Percuma, Orang Ramai Boleh Beli Hanya RM1 Sebiji Setiap Sabtu & Ahad!

buah naga

Buah naga percuma untuk ibu mengandung menjadi perhatian ramai selepas satu perkongsian di Threads memaklumkan mengenai jualan yang akan diadakan di Shah Alam. Lebih menarik, buah naga tersebut turut dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM1 sahaja.

Baca juga: Tengku Natasya & Tengku Arif Bendahara Dikurniakan Puteri, Tengku Nadine Amina Zahra Jadi Tumpuan

BUAH NAGA RM1 DAN PERCUMA UNTUK IBU MENGANDUNG

BUAH NAGA

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pengguna Threads, Lia Aleeyah, yang memaklumkan wakil Team Abang Naga akan berada di Seksyen 7, Shah Alam bagi menjayakan program itu.

Menerusi hantaran berkenaan, wakil Team Abang Naga dijadualkan berada di belakang Universiti Selangor (UNISEL), berhadapan kedai Hakim lama di Seksyen 7, Shah Alam bermula jam 10 pagi.

“Assalamualaikum semua Insyaallah esok pukul 10pagi wakil team Abang Naga akan bersiaran di belakang UNISEL, depan kedai Hakim lama Seksyen 7, Shah Alam,” jelasnya.

Program tersebut turut mempelawa penduduk sekitar Shah Alam untuk mendapatkan buah naga pada harga istimewa, selain menawarkan buah naga percuma kepada ibu mengandung.

Difahamkan, program berkenaan dijangka diteruskan pada hari Sabtu dan Ahad. Perkongsian Lia Aleeyah mendapat perhatian ramai pengguna Threads yang menyambut baik inisiatif tersebut.

BUAH NAGA

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana menawarkan buah pada harga mampu milik, selain menyifatkan usaha itu sebagai satu bantuan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak sabar untuk hadir mendapatkan buah naga tersebut, khususnya penduduk di sekitar Shah Alam.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan buah segar pada harga rendah, malah turut membantu menggalakkan pengambilan buah-buahan dalam kalangan masyarakat.

Baca juga: Lahir Sebelum Merdeka, Kini Berusia 101 Tahun… Ini 10 Peristiwa Besar Malaysia Yang Disaksikan Tun Dr Mahathir

Sumber: Threads Lia Aleeyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×