Bermula 1 Mei ini, semua pelawat asing yang tiba di Thailand melalui jalan darat, udara atau laut, perlu mengisi borang Kad Digital Thailand (TDAC).
Buat anda yang tidak tahu cara mengisi borang berkenaan, di bawah ini penulis ada kongsikan langkah-langkahnya untuk dijadikan panduan.
Baca juga: Meremang Bulu Roma Bila Lalu 10 Jalan Ini Di Malaysia, Kalau Tak Kental Jangan ‘Drive’ Seorang
CARA ISI BORANG KAD DIGITAL THAILAND, JANGAN TERSILAP LANGKAH

Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda seperti cara di bawah ini:
1. Log masuk ke portal: https://tdac.immigration.go.th atau imbas kod QR yang disediakan.
2. Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran peribadi anda: nama penuh, kewarganegaraan, nombor telefon, alamat email, dan maklumat pasport.
3. Sertakan butiran perjalanan: nombor penerbangan, tujuan perjalanan, dan alamat anda di Thailand (contohnya, hotel atau tempat tinggal).
4. Hantar borang – Selepas melengkapkan borang dalam talian, anda akan menerima email pengesahan ke alamat yang anda berikan.
5. Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bermula 1 Mei, Pelancong Asing Perlu Isi Kad Ketibaan Digital 3 Hari Sebelum Ke Thailand
Sumber: Facebook Eirwan Ahmad
