Euforia Bola 2026
Famili

Booking Kahwin Expo: Ekspo Perkahwinan Paling Meriah Kembali Lagi!

Berita baik untuk semua bakal pengantin! Booking Kahwin Expo, ataupun ekspo perkahwinan terbesar dan paling ditunggu di Malaysia kini kembali!

Lebih meriah dan penuh dengan tawaran eksklusif! Bermula dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, inilah masanya untuk anda buat perancangan perkahwinan dengan lebih mudah dan meriah.

Lebih 200 Vendor Hebat Menanti!

Tak perlu risau lagi tentang mencari vendor yang sesuai. Di Booking Kahwin Expo, di sini banyak vendor terbaik dari dunia perancangan perkahwinan akan berkumpul untuk membantu bakal pengantin merealisasikan perkahwinan impian.

Dari busana pengantin, jurugambar, katering, doorgift dan pelbagai lagi perkhidmatan lain. Semuanya ada di sini, anda hanya perlu datang, pilih dan tinggal menghitung hari menanti hari bahagia anda.

Apa yang Menarik di Booking Kahwin Expo?

Selain dari tawaran pakej perkahwinan eksklusif, ada banyak aktiviti menarik yang tak boleh dilepaskan:

Pertandingan Model Cilik & Pertandingan Gambar Model Gaya Ekspresi 2025: Anak-anak pun boleh join fun! Siapa tahu, mungkin ada bintang kecil yang bakal mencuri tumpuan.

Pertandingan Raja & Ratu Sehari International 2025: Kalau anda dan pasangan rasa nak cuba cabaran ini, boleh la! Siapa tahu, tahun depan dapat jadi raja dan ratu sehari!

Tawaran Pakej Perkahwinan Eksklusif: Dapatkan diskaun hebat dan pakej menarik yang eksklusif.

Persembahan Kompang & Gamelan: Persembahan tradisi Melayu yang pasti meriahkan suasana. Anda akan rasa vibe perkahwinan sebenar!

Pertunjukan Bunga Api di SCCC: Tak lengkap rasanya tanpa pertunjukan bunga api yang memukau! Jangan lupa tengok keindahan langit malam.

Cabutan Bertuah: Hanya dengan deposit RM100, anda berpeluang untuk menang hadiah menarik. Siapa tahu, mungkin tuah menyebelahi anda!

Kenapa Korang Perlu Datang?

Selain dapat menikmati semua tawaran hebat, Booking Kahwin Expo adalah tempat paling tepat untuk korang merancang perkahwinan dengan lebih sempurna. Anda juga akan dapat berinteraksi dengan lebih 200 vendor hebat dan berbincang terus tentang pakej dan tema perkahwinan yang anda dan pasangan impikan.

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Jangan tunggu lagi! Booking Kahwin Expo adalah acara perkahwinan terbesar untuk pengantin Melayu, dan kali ini ia lebih mengujakan dari sebelumnya! Untuk info lanjut, ikuti mereka di SINI

Jumpa anda di Setia City Convention Centre nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×