Euforia Bola 2026
Nur

Bila Terserempak Makhluk Halus Dalam Tandas, Jangan Azan Tapi Baca Doa Ini Baru Tepat!

azan dalam tandas

Azan dalam tandas bolehkah dilakukan andai tiba-tiba mata terpandang makhluk ghaib yang menakutkan? Ramai tertanya-tanya, apakah tindakan yang sepatutnya diambil menurut ajaran Islam?

Ketika berada di dalam tandas untuk menunaikan hajat, tiba-tiba mata terpandang sesuatu yang menyeramkan iaitu hantu. Saat itu, bolehkah jika kita melaungkan azan bagi menghalau gangguan tersebut di dalam tempat sebegitu?

Baca juga: Nampak Macam Ustaz Tapi Rupanya Dukun! Mengelabui Pesakit Dengan Bacaan Bismillah & Selawat Palsu

ELAK AZAN DALAM TANDAS JIKA NAMPAK HANTU

azan dalam tandas

Gambar AI

Sebelum mengulas lanjut, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, azan ialah kalimah mulia yang tidak wajar disebut di tempat kotor seperti tandas. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri mengajar umatnya agar menjaga adab ketika berada di dalamnya.

“Terdapat hadis yang menceritakan seorang lelaki memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang membuang air kecil, namun salam tersebut tidak dijawab. Hanya selepas Baginda keluar dari tandas, barulah salam itu disambut.

“Ini menunjukkan, tidak munasabah dan tidak layak duduk dalam jamban (tandas), lalu kita mengulang suara orang yang azan. Bahkan, menjawab salam pun tidak digalakkan di tempat tersebut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di akaun YouTube miliknya pada Isnin.

Dalam sebuah hadis lain, Ustaz Azhar berkata, Nabi Muhammad SAW pernah menanggalkan cincin yang tertulis kalimah ‘Muhammad Rasulullah’ sebelum masuk ke tandas.

“Tujuannya adalah mendidik umat Islam agar tidak membawa kalimah mulia ke tempat yang dianggap kotor,” katanya.

Berbeza pula keadaannya andai kita terkejut di dalam tandas, lalu tidak sengaja menyebut nama ALLAH. Dalam hal itu, jelas agamawan tersebut ia dimaafkan sekiranya tidak disengajakan.

Baca juga: Netizen Puji & Sanjung Suami Tikam Skandal Jadi Hero, Tapi Islam Benarkan Ke ‘Honor Killing’ Ini?

Ayat yang boleh dibacakan sekiranya nampak makhluk halus dalam tandas

Mengulas tentang kewujudan makhluk ghaib di dalam tandas, Ustaz Azhar menjelaskan, tandas sememangnya menjadi tempat kesukaan syaitan kerana kotor dan jauh daripada zikrullah.

Justeru, Rasulullah SAW mengajar umat Islam membaca doa perlindungan sebelum masuk ke tandas iaitu:

“Allahumma inni a‘uzubika minal khubsi wal khobais”

(Ya ALLAH, peliharalah aku daripada syaitan jantan dan betina).

“Hadis juga menyebut, bacaan bismillah ketika masuk tandas akan menutup pandangan syaitan daripada melihat aurat manusia. Kalau kita tak baca, syaitan nampak. Kalau baca, mereka terhalang,” jelasnya.

Sebelum mengakhiri perkongsian ilmunya, Ustaz Azhar sempat menitipkan doa yang boleh dibaca sekiranya diganggu.

“Sekiranya gangguan itu datang dalam bentuk suara, sebaik sahaja keluar tandas, bolehlah menyebut ‘Allahuakbar’ atau ‘Bismillahirrahmanirrahim’.

“Namun, sekiranya terlihat jelmaan yang jelas hingga terbelalak mata, Rasulullah SAW mengajar agar kita membaca ‘Al’anuka bilaknatillah’ (Aku melaknatmu dengan laknat ALLAH) sebanyak tiga kali.

“Kalau makhluk itu tidak lari, maka kita yang perlu beredar. Tinggalkan saja tandas tersebut,” ujarnya berseloroh.

Baca juga: Ramai Sokong Lelaki Tikam Skandal Isterinya, Peguam Kongsi Ada Cerai Li’an Jalan Sah Untuk Suami Pertahan Maruah!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×